CORETAN JARI JEMARI KU

Biarlah tulisan berbicara kerna itu lebih memberi makna. Izinkanlah suara bisu ini bernyanyi kerna ianya lebih merdu dan menenangkan.
Carilah permata dicelah-celah kaca walaupun jarimu terluka. Ianya pasti membahagiakan.

Monday, May 19, 2014

Susu badan dua serentak, tanderm nursing mencabar

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum.. Syukur Alhamdulillah hampir seminggu melahirkan anak syurga yang kedua, putera ku semakin membesar, ummi semakin sihat..

CUB nak kongsikan perjalanan penyusuan badan Ana selama hampir 3 tahun daripada puteri kesayangan sehinggalah putera tercinta.

Mungkin terlalu awal untuk bergembira dapat menyusukan kedua-dua anak serentak, namun, yang pasti, tidak terlalu awal untuk terus bersyukur atas kurniaanNya, rezekiNya.

Puteriku, Aazra memulakan penyusuan pada hari kedua kelahirannya. Namun, sangat sedih Ana pada masa itu sebab susu badan tak keluar sampailah hari yang keempat selepas diurut bidan. Aazra terpaksa diberi susu formula pada tiga hari pertama. Menitis air mata Ana. Aazra pun tidak berpeluang untuk mendapat kolostrum Ana.

Hari keempat bermula dengan penyusuan susu badan secara EKSLUSIF. Adaptasi Aazra dengan puting badan agak perlahan. Almaklumlah dah disuakan dengan susu botol. Aazra lebih suka menyusu dari buah dada kiri berbanding buah dada kanan. Sampai nangis taknak yang kanan, ummi pun sampai nangis sakit sangat. Ana ambil keputusan ke hospital berjumpa dengan pakar laktasi. Alhamdulillah, berkat semangat sendiri, sokongan suami dan tips penyusuan yang dipelajari, Allah mengizinkan Aazra pandai menghisap kedua-dua belah buah dada. Syukur teramat.

Aazra adalah anak pertama, cucu pertama dan cicit pertama dalam keluargaku yang amat menyanjung susu formula. Perjuangan penyusuan badan ku kerap ditentang dan dikritik pada awalnya sehingga hampir Ana meletakkan senjata. Namun, hubby tercinta dan keluargnya (adik beradik) merupakan tunggak sokongan ketika itu.

Tambahan, pada usia sebulan, Aazra mengalami 'krisis tumbesaran' yang sangat kritikal. Tabiat Aazra menangis nak menyusu dan 'ngempeng' bermula dari jam 6.30 pagi smpai 11 malam setiap hari. Bayangkan kepenatan seorang ummi baru dalam pantang terpaksa duduk menyusu selama itu.

Kedengaran suara-suara mempengaruhi aku untuk campur susu, ajar botol, ajar susu formula, susu tak cukup, budak tak sihat, budak lapar dan macam-macam lagi cadangan. Hampir-hampir berputus asa dengan susu badan, kekuatan iltizam suami membantutkan niat ku untuk memberi susu formula. Lantas, dengan mendapatkan nasihat 'online' (kawan dan mr google), aku belajar dan mengajar aazra menyusu sambil berbaring.

Alhamdulillah lega sikit dapat menyusu sambil baring. Syukur 2 minggu selepas itu, Aazra kembali normal dengan rutin yang biasa. Aazra selalu kembung. Masa berpantang ini, CUB hanya ambil susu kambing dan kapsul ikan haruan dari Leesa formula. (Belum kenal Shaklee lagi tau).

Susu badan ngam-ngam untuk diminum Aazra. Jarang dapat buat stok walau Ana kerapkan pam. Aazra pula memang sangat kuat menyusu. Ana semakin bersemangat dan aktif menyokong dan mengamalkan penyusuan ekslusif.

Penyusuan terus sehingga 6 bulan, setahun dan setahun setengah dengan jayanya. Syukur sangat kepada Allah. Genap usia Aazra setahun setengah, susu formula mula diperkenalkan. Tapi, susu badan masih diteruskan tau. Jangan sesekali lemah semangat atau rasa malas ye semua.

Aazra diberikan susu Ilham, susu Halib dan susu Suffy. Atas permintaan suami tercinta untuk memberikan susu kambing (minuman sunnah) kepada Aazra, susu Suffy menjadi pilihan.

Tak lama selepas itu, Ana mengandungkan anak kedua. Sepanjang kehamilan, Aazra masih menyusu badan. Di awal kehamilan, buah dada Ana melecet dengan teruk sampai berdarah akibat perubahan hormon dan kekeringan. Namun, Aazra tetap Ana susukan dengan gagah, kasih sayang dan semangat.

Susu badan Ana mulai kering. Dari segi fisiologinya, air dan nutrien kini lebih tertumpu kepada anak dalam kandungan berbanding dengan pembentukan susu. Aazra tetap menyusu walau hakikatnya Ana yakin Aazra tidak puas. Kagumnya, Aazra tak pernah merungut. Andai Ana sakit, pedih melecet, Aazra akan melepaskan buah dada. Kesian Ana pada Aazra.

Ana berazam meneruskan penyusuan untuk Aazra walaupun selepas melahirkan. Ana yakin rezeki Allah itu banyak untuk anak-anak kesayangan Ana, insyaAllah.
Genap 40 minggu sehari mengandungkan si adik, Ana melahirkan seorang bayi lelaki. Kini usinya 11 hari. Berkongsi menyusu badan dengan ukhtinya, Aazra. Syukur. Tiada masalah. Kedua-duanya puas menyusu dengan Ana. Malah, kolostrum yang dulu tidak diperoleh oleh Aazra kini telah diperolehinya. Adiknya juga berjaya memperoleh kolostrum dengan bantuan ukhti.

Sesungguhnya yakinlah, rezeki Allah itu luas dan banyak. Perbetulkan niat, amalkan doa dan berserah. Jangan lupa usaha untuk makan mencukupi, minum air kosong dan jaga kesihatan. Vitamin dan suplemen <klik sini > sebagai pembantu tubuh sihat harus konsisten pengambilannya. 

Allah menjadikan buah dada ibu sebagai organ susu yang unik dan hebat. Aruhan hormon, hisapan anak dan keperluan anak diseimbangkan dengan kebolehan luar biasa. Kelenjar-kelenjar susu boleh dirangsang untuk menepati keperluan anak. Jadi, mengapa bimbang? Perbetulkan niat,  kuatkan semangat, berfikiran positif, kerapkan penyusuan dan mohon pada Allah. InsyaAllah, penyusuan badan bukanlah sesuatu yang mustahil. Semua wanita mempunyai organ susu yang hebat, yakin pada diri.

♡♥Hanya naluri ibu tahu yang terbaik untuk anak. Memang mencabar. Saya boleh, alhamdulillah. 
Anda juga boleh.♥♡



3 comments:

Hanim Salleh said...

baru baca.!!! Congrats to all of you. Alhamdulillah.. siapa nama baby ? :D

Mutazalyana said...
This comment has been removed by the author.
Mutazalyana said...

Assfa Muszaffar Madanee, mama neem

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...