Bismillahirrahmanirrahim..... Assalamualaikum... Hajat untuk menulis artikel ni telah lama tergendala.. Hari ini Ana rasa wajar juga meneruskan penulisan ini untuk kesekian kalinya.. Apa khabar semua pembaca blog CUB ni?
Hidup positif, Hidup gembira, Hidup bahagia.. Setuju tak? Hidup ini akan LEBIH MUDAH dihadapi walau apapun dugaan dan cabaran yang bakal mendatang apabila POSITIF. Menjadi POSITIF tidak semudah yang disangka. Namun, percayalah POSITIF akan membantu perjalanan hidup yang lebih baik, Insyaallah.
Dengan menjadi POSITIF, Hidup akan lebih ENJOY. Bagaimana nak hidup POSITIF?
(1) MELIHAT MASALAH SEBAGAI TENTANGAN
Apabila berhadapan dengan tentangan, kita akan menentang tentangan tersebut. Namun, apabila sesuatu kita anggap sebagai bebanan, kita akan merasakan ianya sesuatu dugaan dan cabaran yang berat. Beban akan memberikan emosi negatif dan menurunkan tahap motivasi seseorang individu. Tentangan lebih mudah diatasi dan diatasi berbanding bebanan.
(2) MENIKMATI HIDUP
Pemikiran positif memberi impak terhadap keadaan semasa kehidupan seseorang. Penerimaan akan mengelakkan sikap berputus asa. Positif menjadikan kehidupan lebih dinikmati dan kita enjoy! Al maklumlah, sentiasa berfikiran baik, jauh dari hasad, mestilah HAPPY go lucky je kan?
(3) SEDIA TERIMA CADANGAN, IDEA DAN KRITIKAN
'Tiada sesiapapun yang sempurna'.
Oleh itu, setiap cadangan, idea dan kritikan harus diberi perhatian sewajarnya. Ini boleh menyebabkan penambahbaikan ke atas kualiti kehidupan. Kekuatan perlu istiqamah, kelemahan perlu diperbaiki.
(4) MENANGKIS FIKIRAN NEGATIF
'Kita adalah apa yang kita fikirkan'. Cam pernah dengar je,kan? Meh nak nyanyi sikit.
"Jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan,
Jika kau fikirkan ragu-ragu, kau hampiri kegagalan"
Fikiran mempengaruhi tindakan, tingkahlaku, perasaan, persepsi dan kepercayaan seseorang. Oleh itu, buangkan pemikiran negatif, kawal dan usir setiap kali ia menjelma. Legar-legarkan pemikiran yang positif semaksima yang boleh.
(5) MENSYUKURI APA YANG DIMILIKI
Menghargai dan berterima kasih dengan apa yang ada. Elakkan mengeluh dan merungut atas apa-apa yang tidak dimiliki. Adakan aura positif dengan bersyukur. Malah, jangan lakukan perbandingan dengan orang lain kerana setiap orang rezekinya, takdirnya dan jalannya berbeza.
(6) TIDAK MENDENGAR GOSIP
Gosip ialah perkara yang tidak benar, tidak berasas, ditokok tambah dan segalanya yang negatif. Gosip berkait rapat dengan aura negatif. Perkara yang BENAR dikelilingi oleh AURA POSITIF.
(7) TIDAK PERNAH BERI ALASAN, SENTIASA BERTINDAK
'Never talk without action, Better to act without talking".
Alasan merosakkan kehidupan, menambah masalah, menangguh masa penyelesaian, mewujudkan tekanan dan merosakkan kualiti kehidupan. Banyakkan bertindak, elakkan alasan. Banyakkan memberi, kurangkan menerima, jangan meminta.
'No Action Talk Only' (NATO). <<---- Jangan buat yang ni tau... bahaya... NEVER!!
(8) MENGGUNAKAN BAHASA POSITIF
Sentiasa menuturkan, menulis dan berkawan dengan mereka yang positif agar aura-aura positif sentiasa berada di sekeliling kita. Elak berbincang perkara yang negatif atau bersama-sama mereka yang negatif. Aura positif mendatangkan keadaan positif dan kehidupan yang lebih positif. Apabila semua okay, hidup pasti akan lebih indah. Jom enjoy hidup!
(9) TONJOLKAN BAHASA TUBUH YANG POSITIF
Bahasa tubuh yang positif seperti senyum, langkah tegap dan berkeyakinan, anggukan yang ikhlas, gerakan tangan yang meyakinkan, suara yang lembut dengan nada yang lunak serta riak wajah yang ekspresif dan ramah. Semua ini bermula dari hati, fikiran dan aura yang positif. Jadi, positifkan dirimu.
(10) SENTIASA TAMPIL SEMPURNA
Tampil sempurna tanpa berpura-pura. Itu yang paling penting. Baik dalaman, baik luaran. Yang penting, jangan hipo..hipo..hipokrit tau... Sempurna itu mustahil, tapi cuba menjadi sempurna adalah usaha yang berterusan..
POSITIF @ NEGATIF adalah pilihan. Pilihan ada di tangan anda. Menjadi POSITIF penuh dengan kebaikan dan keindahan. POSITIF untuk kehidupan yang lebih berkualiti, bahagia, gembira dan bermakna.
No comments:
Post a Comment