CORETAN JARI JEMARI KU

Biarlah tulisan berbicara kerna itu lebih memberi makna. Izinkanlah suara bisu ini bernyanyi kerna ianya lebih merdu dan menenangkan.
Carilah permata dicelah-celah kaca walaupun jarimu terluka. Ianya pasti membahagiakan.

Sunday, April 20, 2014

Psikomotivasi ~ Punca Gagal Berjaya

Bismillahirrahmanirahim... Assalamualaikum semua... Apa khabar semua? Al-maklumlah, sejak kebelakangan ni, macam-macam yang berlaku di Malaysia ni, kan? Dengan cuaca panas yang luarbiasa, jerebu yang teruk, kekurangan dan catuan air, kehilangan pesawat MH370, kenaikan kes denggi dan baru-baru ini, konsert luar batasan yang penuh dengan aktiviti tidak bermoral, arak dan sebagainya. Dugaan atau bala? Muhasabah dan usah menunding jari..

Hari ini Ana nak berkongsi dengan semua 10 punca gagal raih kejayaaan. Dalam apa pun jua bidang yang kiita ceburi, tentunya setiap individu ingin berjaya. Namun, tidak semua akan memperoleh kejayaan. Kejayaan mungkin datang cepat, lambat atau mungkin selama-lamanya tidak mucul tiba. Mengapa? Bukan rezeki? Belum lagi? Pilihan tidak tepat? Ini adalah antara punca besar yang sukar dielakkan kerana ianya diluar kekuasaan dan kawalan kita.

Yok semak samada ada atau tiada 10 punca gagal yang disenaraikan di bawah. Jika ada, ayuh kita AUDIT DIRI terutama yang bermula daripada diri sendiri ni...

(1) TIADA HALA TUJU HIDUP YANG JELAS

Untuk berjaya, perlu adanya matlamat, cita-cita dan tujuan dalam hidup. Setiap matlamat, cita-cita dan tujuan perlu digariskan dan ditetapkan untuk dicapai. Ketetapan tersebut adalah dari segi, BILA nak dicapai?, JANGKA panjang atau pendek?, SIAPA terlibat?, BAGAIMANA nak capai? dan APA yang perlu untuk capai matlamat tersebut?.

(2) TIADA INISIATIF UNTUK MENINGKATKAN TARAF HIDUP

Dalam kehidupan, perubahan kepada sesuatu yang lebih baik amat perlu dalam kehidupan. Tapi, tanpa kita sedari hakikatnya sikap kita menempatkan kita di takuk yang sama ataupun yang lebih buruk. dari sehari ke sehari, komitmen dan amalan kita tidak sedikitpun membuahkan hasil yang baik. Namun, akibat keselesaan yang wujud, motivasi yang rendah dan keinginan yang tidak bersungguh menjadikan kita seorang yang PASRAH. Pasrah dan menyerah pada keadaan untuk hidup. Mahukah ini berterusan? Tepuk dada tanya selera.

(3) TIADA PENDIDIKAN

Pendidikan di sini Ana tidak maksudkan pendidikan formal semata. Ini kerana, dalam hidup selalunya pendidikan tidak formal adalah lebih penting daripada pendidikan formal. Pendidikan formal lebih tertumpu pada asas kejayaan atas kertas ('on paper'). Isunya, adalah pengaplikasian pendidikan tersebut ke dalam kehidupan seharian. Adakah ianya benar-benar berlaku? Kemahuan dan inisiatif sendiri itulah yang lebih penting dalam penentuan kejayaan indivdu dan pembentukan sahsiah peribadi. Pendidikan adalah pembelajaran sepanjang hayat. Jadi, usah berhenti mencari ilmu tidak kira samada formal, lebih-lebih lagi tidak formal.

(4) KURANG DISIPLIN DIRI

Mendisplinkan orang lain adalah lebih mudah daripada mendisplinkan diri sendiri? Setuju? Ana sangat setuju. Mendisplikan diri sendiri memerlukan pengusaan emosi secara batin dan zahir. Dalam urusan perniagaan atau kebanyakan urusan yang perlu kita kawal secara individu, pengawalan emosi dan urusan masa adalah sangat penting. Kegagalan akan menyebabkan masalah dalam urusan kehidupan.

(5) TUBUH YANG TIDAK SIHAT

Badan yang sihat membantu kehidupan yang lebih baik. Mana ada kan badan tidak sihat dapat membentuk hasil kualiti kerja yang optimum, kan? Oleh yang demikian, amalkan cara hidup yang baik, elakkan dari sebarang bentuk jangkitan penyakit, amalkan pemakanan yang seimbang dan banyakkan bersenam. SUPLEMEN membantu meningkatkan tahap kesihatan individu. Kesibukan, kekurangan nutrisi dan peningkatan usia mengurangkan fungsi badan dan menjejaskan keberkesanan anda untuk berjaya. Jadi, pastikan kesihatan anda adalah yang paling utama ye.

(6) MENUNDA DENGAN ALASAN MENUNGGU WAKTU SESUAI

"Tunggulah, nanti akan tiba waktu yag sesuai untuk aku mulakan".. Antara dialog klise yang biasanya kedengaran kan? Sedar atau tidak, dialog sebegini merupakan antara punca kegagalan dalam kehidupan. IT IS NOW OR NEVER! Jika anda inginkan sesuatu, ilham tersebut hadir daripada Allah pada masa yang sesuai. Oleh itu, kenapa haru bertangguh untuk mencari masa lain yang lebih sesuai? Siapalah kita untuk menidakkan kesesuaian ilham dan anugerah Allah? Awal = Untung, Lambat/Tangguh = Rugi. Apa pilihan anda? Kerja yang diusahakan dengan berhati-hati, tidak tergesa-gesa dan bersungguh-sungguh/fokus (tanpa kengkagan/desakan masa) Insyaallah membuahkan hasil yang auh lebih positif.

(7) KURANG BERDAYA TAHAN DAN TIDAK TABAH

Daya tahan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan/masalah dalam perniagaan dan kehidupan membantu kejayaan. Tanpa dua sikap yang sangat penting ini, kegagalan pastinya menghampiri. Kejayaan bukannya sesuatu yang mudah dan terus, ianya memerlukan usaha berterusan dan istiqamah selepas banyak kali berlakunya kegagalan atau kejatuhan.

(8) TAKUT GAGAL

Apabila berbicara tetang perniagaan, seringkali yang terlintas dalam pemikiran kita adalah kegagalan atau kerugian. Orang yang berani gagal dan rugi sahajalah yang akan berjaya. BERANI adalah kata kuncinya. Bayang-bayang takut akan menghadkan dan meletakkan limitasi terhadap potensi positif diri. Buang rasa takut dan REDAH dengan MATLAMAT jelas untuk BERJAYA.

(9) RAKAN YANG PASIF DAN NEGATIF

Pernah tak dengar ayat yang berbunyi "Anda adalah dengan siapa anda bersahabat/berkawan". Memilih rakan dan sahabat yang sebenar-benarnya bukanlah mudah. Ia lebih kurang seperti nak mencari pasangan hidup. Jika individu di sekeliling kita adalah individu yang aktif dan positif, aura tersebut pastinya akan membantu kita berjaya. Jika aura pasif dan negatif yang melingkungi kehidupan kita, ianya akan melekat dan mempengaruhi diri kita. Oleh yang demikian, carilah mereka yang AKTIF dan POSITIF untuk bersama anda. Secara tidak langsung, mereka akan menjadi penyokong dan penggerak kejayaan bersama. Andai anda berkawan dengan penjual minyak wangi, pastinya tercalit bau wangi itu. Begitu juga sebaliknya. 

(10) ENGGAN BEKERJASAMA DENGAN PIHAK LAIN

Hubungan membentuk kerjasama dan kerjasama dapat memperluaskan perniagaan. Perkembangan hanya berlaku jika terdapat kepercayaan dan kerjasama daripada orang sekeliling. Unuk berjaya, sikap indvidualistik harus dijauhi. Apa-apapun, bukan bermakna sikap 'menjaga tepi kain orang' yang harus didekati ye. Lebih kepada hubungan harmoni antara satu sama lain.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...