CORETAN JARI JEMARI KU

Biarlah tulisan berbicara kerna itu lebih memberi makna. Izinkanlah suara bisu ini bernyanyi kerna ianya lebih merdu dan menenangkan.
Carilah permata dicelah-celah kaca walaupun jarimu terluka. Ianya pasti membahagiakan.

Sunday, April 14, 2013

Aku ni 'business mommy' ke?


Dalam hidup ni, memacam yang kita percaya, kan? Tahu tak, kesemua yang kita percaya adalah apa yang kita pegang dalam konsep kehidupan kita. Bagi diri ana pula, ana percaya semakin banyak kita bagi, semakin banyak akan kita peroleh. Sebab tu ana memilih karier sebagai seorang pensyarah... Pilihlah sangat... Sebenarnya masa tu takde pilihan, tapi ana tak pernah menyesal walau beban dan tanggungjawab yang ana pikul berat. Naik sampai berlenguh bahu dok pikul tau.. Ingat memain ke?

Hah, dah tau tanggungjawab berat tu, awatlah gatal sangat nak gak masuk bidang 'business' ni kan? Tahlah.. Hobi ana dari kecik adalah niaga. Pantang ada hari kantin ke, program ape2 ke, semua ana nak berniaga je.

Saturday, April 13, 2013

Cinta Tanpa Pengganti


sampainya hati mu melukai hati ku
sampainya hati mu membuang diri ku
sampainya hati mu melupakan cinta kita
kau pergi dengan ego mu
kau berlalu dengan keras hati dan degil mu
kau tinggalkan ku dengan baran serta amarah mu
walau itu semua tanpa salah dari ku
lalu apalah dosa ku...
walau aku tak sesempurna mana..



Adakah Lakaran Hari Ini MIliku?



Saat mentari mula menjengah, lantas aku kembali atas kehendakNya menjalani liku-liku hari ini...Mungkinkah panas yang perpanjangan atau bakal hujan yang menemani...Ku serahkan padaNya...Saatku terpandangkan sang burung yang berkicau berterbangan di pagi ini...

Doaku agar hidupku seceria mereka...Harapku agar diri ini sebahagia si suria yang menyinar untuk manusia...Bersedia berkhidmat dengan ikhlas dan setia...
Moga sinar ini sentiasa berpanjangan selamanya...Moga mendung yang telah berlalu tak mungkin kan kembali lagi...

Lakaran kehidupan sebuah ceritera yg indah...Keindahan perjalanan sebuah penulisan tanpa pengakhiran...Lukisan tanpa wajah dan warna..Lalu bagaimana coraknya?



Ana dan Blog ini

Menulis bukan minat ana tapi keperluan bagi diri ana yang sebenarnya menjadikan ana siapa ana. Wah.. madah gitu.. Heehehe.. Tapi ni semua fakta bukannya auta. Ana dah mula mengenali dunia blog ni sejak 2008, www.ana-zalyana.blogspot.com... Setelah lama menyepi dan aku kembali aktif di dunia internet ni sebab minat ana kepada business yang tak dapat ana elak... Jadi ana ade satu lagi blog, mummykangaroo.blogspot... Akhirnya terbitlah blog indah hasil godek menggodek aku sendiri ni, Awan Cinta Ungu Biru di malam hari lahir ku yang ke 28 tahun, 14 April 2013.



Ana seorang anak kepada bekas pasangan Norshida Ahmad (mama)
dan Mohamad Zaki Hamzah (papa). Mempunyai seorang bapa kedua yang amat sporting, Johari Nordin (Abah). Ana gak ade sorang mamacik, isteri papa ku kini. Kakak kepada 6 adik (3 dari mama dan abah, 3 dari papa dan mamacik), Amirul Shaari, Norjasmine Julyana, Amirul Haqim, Fatin Hazwani, Mohd Mustakim dan Norhani Zakirah.

Dari kecik, lepas mama dan papa bercerai, ana tinggal ngan Paktok (Ahmad Hj Saadon) dan Maktok (Norani Abdullah) tercinta yang sangat memanjakan ana. Manja ke? Maunye tak manja.. Dahlah cucu sulung, cucu perempuan sulung, anak sulung, dok lak ngan tok... Best dan sangat kelass gitu tau.. Tapi ana memang teramat sayang kan paktok dan maktok sebab dieoranglah nyawa hidup ana dunia akhirat. Walau camne sayangnye ana kat paktok dan maktok, Allah lebih sayangkan paktok. So, paktok dah tinggalkan aku.. He's the best man ever in my life... And I am so sure nobody, no man can replace him in my life. Alfatihah untuk arwah paktok ana yang kembali ke rahmatullah pada 12 Nov 2006 bersamaan dengan 20 Syawal.


Ana sekarang adalah suri hidup tercinta kepada suami tersayang, Mustaza Mustapa... Cintan cintun cintan cintun akhirnya nilah jodoh ana yang teristimewa daripada Allah... Sungguh benar dan tak dapat dinafikan bahawa, Jodoh tu kan Rahsia Allah.. Thank you Allah for giving me him... I love u so much Hubby... Dari berdua, lahirlah ikatan cinta hati kami yang pertama, Aazra Musfirah Madeenah bt Mustaza... Puteriku, kau Jannah umi dan babah, kau permata hidup kami, semoga menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia akhirat. Dan ana dengan rasminya menjadi seorang ibu bergelarkan umi... Cayaanngggg anak umi... Anja umi... Ucuk umi...

Dengan konsep 'officially married' antara aku dan suami, ana ada famili baru yang best kat Kluang... Aik... Johor tetap di hati okey... Menantu kepada Mustapa Hassan dan arwah Hafsah Md Don.. Baru beberapa bulan kahwin, mak mertua ana meninggal... Sangat sedih sebab ana tak sempat lama merasa kasih sayang seorang ibu mertua... Zana sayang mak sesngt... Terima kasih lahirkan dan didik Abg Aja serta sudi terima Zana dalam famili mak... 

Ana gak Kak Long kepada tujuh adik suamiku... Sempoi dan sangat best.. Love you olls okey... Heart and soul.. Dearest KakNgah, AbgNgah, KakUde, AbgUde, Lan, Zura, Leha, Razali, Zalee, Imah, Nurul dan Ana.


Ni secara ringkaslah. Tu pun dah berjela. Kalau nak senaraikan semua, kena 'block' blog ni nanti.. Panjang sangat.. Hahaha... So kepada semua yang ada kena mengena dengan ana dan suami... Secara langsung mahupun tak langsung, all of you need to know that, me and my husband LOVE sesangat kat kalian... Muaahhhsss... Big hug... I am a family type person and will always be, Insyaallah... Semoga semuanya sihat, diberkati, dimurahkan rezeki dan happy selalu.. Amin..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...