CORETAN JARI JEMARI KU

Biarlah tulisan berbicara kerna itu lebih memberi makna. Izinkanlah suara bisu ini bernyanyi kerna ianya lebih merdu dan menenangkan.
Carilah permata dicelah-celah kaca walaupun jarimu terluka. Ianya pasti membahagiakan.

Tuesday, July 15, 2014

Merangsang anak menjadi bijak

Bismillahirahmanirrahim... Assalamualaikum semua ibubapa... Entri kali ini pasti digemari oleh seua ibubapa. Yela, siapa yang tak mahu anak bijak,kan?

Anak-anak merupakan anugerah yang tidak ternilai. Allah menjadikan anak-anak umpama kain putih yang perlu dicorak, dihias dan dibentuk oleh ibubapa masing-masing. Kelahiran mereka merupakan penyeri, pengubat suka duka dalam rumahtangga. Malah, semua ibubapa menginginkan anak-anak bijak, luar biasa, soleh dan solehah.

Tahukah kita bahawa di awal kehidupan bayi merupakan tempoh utama? Pakar psikologi perkembangan percaya bahawa apa yang berlaku disekeliling bayi akan membentuk mental dan identiti mereka, samada positif mahupun negatif. Kesilapan di sini juga merupakan punca utama kesilapan pada tahun-tahun kehidupan seterusnya.

Komunikasi dan interaksi merupakan alat pembelajaran terbaik. KITA adalah aset untuk dijadikan kajian pembelajaran asas mereka dalam kehidupan. Percakapan, sentuhan, belaian, gurauan, pandangan, nada suara, panggilan, reaksi dan mimik muka serta penumpuan kita terhadap anak dapat merangsang keupayaan mereka dalam membentuk keyakinan dan kemampuan diri.

Jaundis dan fototerapi di rumah

Bismillahirrahmnirrahim... Assalamualikum semua pembaca blog comel CUB ni.. Harap semua dalam keadaan sihat wal'afiat bersama insan-insan tersayang di sisi..

Ana sebenarnya dah lama nak kongsi cerita tentang rawatan fototerapi jaundis bagi bayi-bayi baru lahir. Satistik merangkakan bahawa 80% daripada bayi yang dilahirkan akan mengidap jaundis neonatal. Dua kali Ana bersalin, kedua-dua anak Ana ada jaundis. Aazra mengalami jaundis yang rendah manakala Aasfa pula jaundisnya sangat tinggi pada hari ketujuh kelahirannya. 

Aasfa terpaksa masuk ke wad semalaman dan al-kisahnya ummi tak dapat melelapkan mata. Al maklumlah tengah pantang, sensitif. Lepas itu, tak pernah tidur tanpa kedua-dua anak disisi, dalam pelukan. Aazra pun menangis sampai tertidur akibat terpaksa meninggalkan Aasfa di hospital. 

Jaundis atau kekuningan adalah perkara yang normal. Ini kerana organ hati bayi masih belum matang dan tidak dapat mencernakan darah yang pecah dan rosak. Penguraian komponen darah menghasilkan bilirubun berwarna kuning. Peningkatan bilirubin menyebabkan tubuh bayi terutamanya kulit dan matanya menjadi kuning.

Rawatan fototerapi diberikan sekiranya bacaan bilirubin melebihi 300mmol/dl. Rawatan lampu biru ini berfungsi untuk menukarkan bilirubin kepada biliverdin yang lebih mudah dikumuhkan. Rawatan biasanya mengambil masa 48jam. Jaundis juga akan lebih cepat turun jika bayi kerap menyusu susu ibu terutamanya.

Sekiranya rawatan fototerapi gagal, rawatan yang lebih agresif seperti transfusi (pertukaran) darah harus dilakukan. Ia perlu dilakukan apabila bacaan melebihi 400mmol/dl. Rawatan ini perlu dijalankan kerana tahap bilirubin yang tinggi dalam darah dalam masa yang lama boleh menyebabkan kerosakan otak yang dinamakan kernicterus yang akan diikuti dengan demam, sawan dan gangguan pendengaran (apabila meningkat usia kelak).

Siapa memerlukan suplemen atau vitamin?

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum...

"Kita muda-muda lagi tak payah nak membazir makan vitamin. Lainlah dah tua nanti." 

Dialog ini selalu Ana dengar dan peroleh daripada pelbagai pihak. Terutamanya apabila setiap kali selepas makan Ana akan meneguk beberapa biji vitamin Shaklee di samping mengamalkan pengambilan air yang banyak. Bagi Ana, sebelum penyakit hadir, cegah. Kerana apabila penyakit dah sampai, susah nak atasinya. 

Tubuh dalaman kita seperti jantung, darah yang beredar, otak, peparu tidak pernah berhenti bertugas sejak dari saat kita dalam kandungan ibu dan Insyaallah sehingga mati. Bayangkan, fizikal kita berehat, namun, degupan jantung tidak berhenti berdegup. Sedangkan mesin pun tau penat dan perlu direhatkan. Hebatnya ciptaan Allah.

Suplemen satu keperluan atau kehendak

Bismillahirahmanirrahim... Assalamualaikum...

Entri Ana pada hari ini adalah KEPERLUAN vs KEHENDAK. Ramai yang tahu maksud kedua-dua perkataan ini tetapi ramai yang tidak boleh membezakan secara jelas keduanya. Ini kerana biasanya nafsu memonopoli pemilihan. Setiap hari kita diberikan pilihan yang memerlukan kita membuat keputusan. Keperluan seharusnya didahulukan berbanding keperluan.

KEPERLUAN ialah sesuatu yang perlu atau wajib ada untuk kita meneruskan kemandirian kita di muka bumi Allah ini. Sekiranya keperluan ini tidak dipenuhi, kita akan mati dan pupus. Keperluan manusia yang paling utama adalah keperluan fisiologi iaitu makanan, pakaian, dan tempat tinggal. Setelah keperluan utama ini dipenuhi, wujud pula aras keperluan lain seperti keselamatan, berpasangan, ekonomi yang stabil dan sebagainya. Teori Hiraki Maslow boleh dirujuk untuk penerangan keperluan ini.

KEHENDAK pula bermaksud sesuatu yang menjadikan kehidupan kita lebih selesa. Jika kehendak tidak dapat dipenuhi, kita masih boleh meneruskan kehidupan. Perkara yang memenuhi kehendak tidak semestinya menjadi keperluan. Secara kesimpulannya, kehendak lebih merupakan pelengkap terhadap keperluan. Kehidupan akan menjadi mewah, bergaya, selesa dan mudah apabila kehendak telah dipenuhi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...