CORETAN JARI JEMARI KU

Biarlah tulisan berbicara kerna itu lebih memberi makna. Izinkanlah suara bisu ini bernyanyi kerna ianya lebih merdu dan menenangkan.
Carilah permata dicelah-celah kaca walaupun jarimu terluka. Ianya pasti membahagiakan.

Tuesday, April 29, 2014

Psikomotivasi ~ A to Z Positif


Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum... Sekeliling hidup kita ini lebih dipenuhi dengan huruf-huruf. Setiap huruf sebenarnya ada makna yang tersendiri terutamanya yang positif. Jadi, kenapa mengusutkan diri nak diselubungi dengan perkataaan negatif.

Positif memerlukan amalan berterusan agar hidup bertambah baik dari sehari ke sehari. Berubahlah dan lakukan anjakan dari sesuatu yang NEGATIF kepada POSITIF setiap saat, setiap masa. Usah tangguh lagi. Positif adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan, perniagaan, kekeluargaan dan hubungan sosial. Nak berjaya, jom gerakkan nilai positif anda. 

Meh, Ana tolong kongsikan POSITIF ~ A to Z. 

A ~ ACCEPT : Terimalah diri sebagaimana adanya.
B ~ BELIEVE : Percayalah terhadap kemampuan diri untuk meraih apa yang diinginkan dalam hidup.
C ~ CARE : Ambil berat terhadap orang sekeliling agar mereka akan membuat perkara yang sama.

Diet untuk Detoksifikasi

Bismillahirrahmanirahim.. Assalamualaikum..

Gabungan toksik ini merupakan punca terjadinya penyakit seperti ketumbuhan, tumor, migrain dan sebaginya. Kajian menunjukkan hampir 90% penyakit disebabkan oleh pengumpulan dan mendapan toksin dalam tubuh. Sakit merupakan petunjuk terhadap kehadiran toksik.

Diet yang boleh membantu detoksifikasi :

* BANYAKKAN AMBIL AIR KOSONG/MINERAL/MASAK/'SKY JUICE'

Tidak ramai yang menggemari air ini kerana rasanya yang tawar. Walaubagaimanapun, racun dan toksik boleh dicuci dengan kehadiran air yang mencukupi. Ia merupakan cara paling mudah untuk menyingkirkan toksik tubuh. Oleh itu darling semua, jom paksa diri untuk minum air sekurang-kurangnya 2-3L air dalam sehari. Tambahan, ketiadaan kalori dan gula membantu kita-kita yang nak diet tu. Awesome!

Monday, April 28, 2014

Comotomo ~ Menitis air mata masa nak beli

Bismillahirahmanirrahim.. Assalamualaikum..

Pagi ni nak share dengan semua satu lagi kegembiraan yang Ana dapat rasakan oleh pelanggan Ana..

Anaknya menerima baik botol susu COMOTOMO yang comel dah lembut. Warna hijau lagi, cute, kan?
Bukan senang buat keputusan nak keluarkan duit sampai rm60++ hanya untuk sebotol botol susu. Tapi ianya berbaloi jika anak yang dikasihi gembira dan tak lagi meragam.

Anak kecil ini minum susu isomil dan juga susu pam ibunya tanpa sebarang penolakan setelah berjumpa dengan COMOTOMO si idaman hati. Lihatlah betapa 'happy'nya ibu membuat posting di FB. Terima kasih ye pn Dyna. Ana tumpang gembira.

=============================================
Untuk maklumat lanjut, pembelian dan konsultasi produk, sila:
Berchatting dan berborak dengan kami di 0192282544
Add/PM Facebook : Mustazalyana Homebiz untuk bersama kami
LIKE : CintaUnguBiru demi sebuah perkongsian berterusan

Konsultasi sepanjang hayat hanya untuk pelanggan kami sahaja ye..
Jangan lupa FOLLOW blog kami, yang terbaik hanya untuk anda.

*Segala penulisan blog ini berdasarkan pengalaman dan pembacaan penulis untuk dikongsi bersama. Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah penyakit. Ianya satu usaha untuk meningkatkan mutu kehidupan bersama. Penerimaan setiap individu adalah berbeza.*
=========================================

Mimijumi ~ Pelaburan yang berbaloi

Bismillahirrahmanirahim.. Assalamualaikum.. Apa khabar semua? Harap semuanya sihat dan bergembira dibawah lindungan rahmatNya. Ana alhamdulillah, walaupun dah mula rasa kontraksi, Ana masih gagahkan diri, berblog. Esok pun Ana nak kerja, tugasan terakhir ialah menanda kertas 'midsem' Ana.. Harap sempatlah ye.

Tak sabar rasanya nak tengok anak syurga Ana yang kedua ni. Moga dipermudahkan dan menjadi anak nur seperti kakak baby, Aazra Musfirah Madeenah.. amin..

Ana berhajat nak bagi baby Ana ni nanti botol susu MIMIJUMI. Unik dan ekslusif. Sapa nak dapatkan boleh hubungi Ana di CUB, walau dalam pantang tau. Ana gembira dapat membantu ibu-ibu bermasalah di luar sana. Ni salah sorang pelanggan Ana yang teruja dengan penerimaan bayinya. Syukur..

Para pembaca yang tercari-cari, mungkin inilah masanya untuk ketemu dengan buah hati anak anda. Siapa tahu,kan? Tak salah mencuba.

ANAK SUKA, IBU GEMBIRA.

=============================================
Untuk maklumat lanjut, pembelian dan konsultasi produk, sila:
Berchatting dan berborak dengan kami di 0192282544
Add/PM Facebook : Mustazalyana Homebiz untuk bersama kami
LIKE : CintaUnguBiru demi sebuah perkongsian berterusan

Konsultasi sepanjang hayat hanya untuk pelanggan kami sahaja ye..
Jangan lupa FOLLOW blog kami, yang terbaik hanya untuk anda.

*Segala penulisan blog ini berdasarkan pengalaman dan pembacaan penulis untuk dikongsi bersama. Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah penyakit. Ianya satu usaha untuk meningkatkan mutu kehidupan bersama. Penerimaan setiap individu adalah berbeza.*
=========================================

Thursday, April 24, 2014

Tranformers Expo 2014 ~ Family Bonding Time


Bismillahirahmanirahim... Assalamualaikum... Hari ini Ana nak share 'family vacation' Ana bulan Feb yang lepas. Taklah jauh tapi apa yang bestnya dapat merealisasikan impian hubby bum untuk ketemu dengan Transformersnya. Vacation ni 15 Feb 2014 tau..


Mahal juga masuknya, tapi nasib baiklah kami berdua je yang kena bayar. Aazra masih FOC tau. Heeheh.. Terima kasih untuk yang buat expo. Hubby sangat seronok.. Aazra pun enjoy je walau ada yang dia takut tau.. 

Psikomotivasi ~ Positif itu Bahagia

Bismillahirrahmanirrahim..... Assalamualaikum... Hajat untuk menulis artikel ni telah lama tergendala.. Hari ini Ana rasa wajar juga meneruskan penulisan ini untuk kesekian kalinya.. Apa khabar semua pembaca blog CUB ni? 

 Hidup positif, Hidup gembira, Hidup bahagia.. Setuju tak? Hidup ini akan LEBIH MUDAH dihadapi walau apapun dugaan dan cabaran yang bakal mendatang apabila POSITIF. Menjadi POSITIF tidak semudah yang disangka. Namun, percayalah POSITIF akan membantu perjalanan hidup yang lebih baik, Insyaallah.


Dengan menjadi POSITIF, Hidup akan lebih ENJOY. Bagaimana nak hidup POSITIF?

(1) MELIHAT MASALAH SEBAGAI TENTANGAN

Apabila berhadapan dengan tentangan, kita akan menentang tentangan tersebut. Namun, apabila sesuatu kita anggap sebagai bebanan, kita akan merasakan ianya sesuatu dugaan dan cabaran yang berat. Beban akan memberikan emosi negatif dan menurunkan tahap motivasi seseorang individu. Tentangan lebih mudah diatasi dan diatasi berbanding bebanan.

Sunday, April 20, 2014

Psikomotivasi ~ Punca Gagal Berjaya

Bismillahirrahmanirahim... Assalamualaikum semua... Apa khabar semua? Al-maklumlah, sejak kebelakangan ni, macam-macam yang berlaku di Malaysia ni, kan? Dengan cuaca panas yang luarbiasa, jerebu yang teruk, kekurangan dan catuan air, kehilangan pesawat MH370, kenaikan kes denggi dan baru-baru ini, konsert luar batasan yang penuh dengan aktiviti tidak bermoral, arak dan sebagainya. Dugaan atau bala? Muhasabah dan usah menunding jari..

Hari ini Ana nak berkongsi dengan semua 10 punca gagal raih kejayaaan. Dalam apa pun jua bidang yang kiita ceburi, tentunya setiap individu ingin berjaya. Namun, tidak semua akan memperoleh kejayaan. Kejayaan mungkin datang cepat, lambat atau mungkin selama-lamanya tidak mucul tiba. Mengapa? Bukan rezeki? Belum lagi? Pilihan tidak tepat? Ini adalah antara punca besar yang sukar dielakkan kerana ianya diluar kekuasaan dan kawalan kita.

Yok semak samada ada atau tiada 10 punca gagal yang disenaraikan di bawah. Jika ada, ayuh kita AUDIT DIRI terutama yang bermula daripada diri sendiri ni...

(1) TIADA HALA TUJU HIDUP YANG JELAS

Untuk berjaya, perlu adanya matlamat, cita-cita dan tujuan dalam hidup. Setiap matlamat, cita-cita dan tujuan perlu digariskan dan ditetapkan untuk dicapai. Ketetapan tersebut adalah dari segi, BILA nak dicapai?, JANGKA panjang atau pendek?, SIAPA terlibat?, BAGAIMANA nak capai? dan APA yang perlu untuk capai matlamat tersebut?.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...