CORETAN JARI JEMARI KU

Biarlah tulisan berbicara kerna itu lebih memberi makna. Izinkanlah suara bisu ini bernyanyi kerna ianya lebih merdu dan menenangkan.
Carilah permata dicelah-celah kaca walaupun jarimu terluka. Ianya pasti membahagiakan.

Thursday, July 04, 2013

Mimijumi & Comotomo ~ Botol susu unik

Malam ni tetiba ana rasa nak menulis entry tentang botol susu yang makin disukai ramai. Dengan bentuk yang menarik dan unik, sesiapapun yang memandang pasti akan toleh dua kali la.. Serius.. Sebab ana pun cam tu dulu.. Tapi sekarang hari2 tengok dah tak berapa nak heran la.

Kalau zaman dulu2, bayi minum susu menggunakan botol kaca bulat. Lepas tu moden sikit pakai botol plastik, masih bulat rupa bentuknya. Sekarang yang kaca ada, yang plastik ada, yang aloy pun dah ada. Bentuk tak payah la cerita. Pelbagai rupa dan saiz. Tu baru botol, Belum dok nak cerita pasal puting yang pelbagai jenama, warna, bentuk. Dari yang murah sampailah yang mahal kini berada di pasaran.

Puteri ku adalah puncanya aku terjebak dengan penjualan botol-botol susu unik ini. Bayangkanlah, cuti
tiga bulan, tapi masih si Aazra masa tu belum pandai menyusu dari botol susu. Risaunya hati si ummi ni kan... Erm yang pernah hadapi masalah ni memang akan faham. Maklumlah, nak tinggalkan bukan sekejap, tapi seharian. Masa awal-awal tu terpaksa berulang-alik ke taska. tapi masa rehat je la. Selebihnya, Aazra akan disuap susu badan menggunakan 'syringe'. Entah kenyang, entah tidak.

Habis duit cari pelbagai botol dan puting yang Aazra suka tu memang banyak.. Kalau secara kasar, kiraannya lebih kurang RM400++. Tapi semuanya dia taknak.. Aduh, pening kepala ana..

Kalian nak tahu botol susu unik apa? Mimijumi, botol susu yang direka hampit menyerupai bentuk buah dada ibu. Walaupun putingnya tidaklah selembut 'nipple' ibu, kebanyakan bayi dapat menerima botol ini. Tambahan, warnanya seperti warna kulit kita. Jom tengok gambar kat bawah. 


Menarik kan Mimijumi ni. Terdiri daripada dua saiz.
Harga agak mahal tapi insyaallah berbaloi.
Harga pasaran : RM86 (8oz) dan RM68 (4oz)


Botol susu yang kedua ialah botol susu Comotomo. Botol susu ni baru sangat masuk pasaran Malaysia. Di kedai2 pun susah nak jumpa sebab supplier dia ambil stok sikit. Jadi tak dapat edar kat kedai. Botol unik ni, putingnya lembut sangat. Botolnya pun lembut. Tiada masalah mencuci sebab botol flexiblenya boleh meliuk lentur. Sangat comel. Jom cuci mata.


Best kan Comotomo ni. Terdiri daripada dua saiz dan dua warna (hijau atau pink).
Harga murah sikit.
Harga pasaran : RM68.90 (9oz) dan RM65.90 (5oz)


Wah, mesti ada yang berminat kan? Menawan hati kan dua botol ni. Ana dulu pun camtu gak. Cam terkagum jap. Nak tahu lebih lanjut tentang botol susu ini boleh klik entri berkaitan ye. Tengah dalam proses update. Jadi jangan lengah lagi, susah nak cari botol susu ni sebab stok agak terhad dan kebanyakan supplier fokus di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor je. 

Boleh order dengan Ana di CUB. Tak payah keluar nak cari. Ia sampai di depan rumah. Postage RM6. Tapi CUB akan bagi BEST PRICE, Insyallah. Jangan tunggu lagi, hubungi Ana, Stok tak banyak dah. 

=============================================
Untuk maklumat lanjut, pembelian dan konsultasi produk, sila:
Berchatting dan berborak dengan kami di 0192282544
Add/PM Facebook : Mustazalyana Homebiz untuk bersama kami
LIKE : CintaUnguBiru demi sebuah perkongsian berterusan

Konsultasi sepanjang hayat hanya untuk pelanggan kami sahaja ye..
Jangan lupa FOLLOW blog kami, yang terbaik hanya untuk anda.

*Segala penulisan blog ini berdasarkan pengalaman dan pembacaan penulis untuk dikongsi bersama. Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah penyakit. Ianya satu usaha untuk meningkatkan mutu kehidupan bersama. Penerimaan setiap individu adalah berbeza.*
=========================================

8 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah.....sy ska entri ni hehe...sbb sy juga alami perkara y sama....dan sy memilih como tomo sbb puting die lembut sgt bbnding y laen hehe....

Mutazalyana said...

syukur.. jnji anak dapat menyusu dan lega die dapat terima,kan? tq sudi singgah

Unknown said...

Salam.. nak tanya botol mimijumi ni ada stok tak skrg? Kalu ada mcm mn pembayaran dan penghantaran? Then blh pm harga tak.. tq

Mutazalyana said...

Ws. In stock. boleh whats app ke 0192282544 @ add fb ye

Anonymous said...

Salam..masih ada stok x

Ummizickryzuhry said...

Macam nak try je Como tomo..
Mimijumi dh Ade ..

Unknown said...

Salam.. botol como tomo ada stok lg x?

Unknown said...

Salam.. botol como tomo ada stok lg x?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...