CORETAN JARI JEMARI KU

Biarlah tulisan berbicara kerna itu lebih memberi makna. Izinkanlah suara bisu ini bernyanyi kerna ianya lebih merdu dan menenangkan.
Carilah permata dicelah-celah kaca walaupun jarimu terluka. Ianya pasti membahagiakan.

Friday, March 21, 2014

Tips penyusuan berkesan

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum... Tahniah, anda mungkin kini bergelar IBU atau BAKAL IBU atau IBU MUDA.. Kehadiran anak-anak permata hati syurga anda pasti menggembirankan anada dan suami.. Ana turut berkongsi kegembiraan dengan anda.. 

Pada hari-hari pertama selepas kelahiran, buah dada ibu akan menghasilkan kolostrum, iaitu makanan yang kaya dengan protein, yang membekalkan bayi dengan antibodi yang tidak ternilai dalam usaha melawan penyakit. Hari keempat, kolostrum mula bertukar menjadi susu dan bayi akan merangsang badan ibu secara semulajadi untuk menghasilkan bekalan yang banyak.

Kunci kepada bekalan susu yang baik ialah menyusukan bayi mengikut kehendak bayi seelok-eloknya selang 2-3jam. Penghasilan susu ibu mengikut sistem bekalan dan permintaan (on demand). Semakin banyak bayi menyusu, semakin banyak susu yang diperlukan dan diambilnya,semakin banyaklah susu yang dihasilkan oleh buah dada ibu. Sebarang suplemen sebenarnya TIDAK MEMBANYAKKAN SUSU, ianya hanya membantu menyihatkan tubuh dan melancarkan penghasilan susu.


Tambahan atau selingan susu formula akan merencatkan proses penghasilan susu ibu memandangkan penyusuan dan permintaan bayi menjadi kurang. Ini kerana susu formula boleh menyebabkan bayi kenyang dan tidak berminat menyusu daripada buah dada ibu.

Susu ibu tidak sentiasa serupa. Untuk satu tempoh penyusuan, permulaan penyusuan memberikan bayi susu permulaan berair yang daat menghilangkan dahaga. Susu pertengahan merupakan susu yang hampir berfungsi sebagai makanan dan serat manakala susu akhir kaya dengan kalori, lemak yang lebih memuaslam dan mengenyangkan.

Oleh itu, sangat penting memberikan bayi menghisap sebelah buah dada ibu selama sekurang-kurangnya 10-15minit. Ini bagi membolehkan bayi anda mendapat kesemua susu yang terbaik untuknya.

Apa yang perlu ibu lakukan untuk memastikan bayi mendapat susu yang mencukupi dan berkhasiat?
1) Makan makanan yang seimbang
2) Fokus pada pengambilan makanan berprotein
3) Pengambilan air 2-3 liter dalam sehari
4) Minum segelas air/jus semasa menyusukan
5) Minum segelas air selepas menyusukan
6) Mengambil suplement atau makanan tambahan sebagai sumber khasiat susu
7) Banyakkan berehat, elakkan tekanan

Tempoh penyusuan BUKANLAH masa untuk BERDIET. Ia hanya akan menyebabkan rasa letih dan lesu. Malah, kuantiti susu ibu juga akan berkurangan. < klik untuk ketahui supplemen yang membantu penyusuan >

Susu ibu yang diberikan untuk bayi tersayang hendaklah BERKHASIAT, bukannya 'kosong'. Jadi ibu-ibu dan bakal ibu, pastikan 7 cara di atas di amalkan sebaik mungkin untuk memberikan bayi MAKANAN TERBAIK DI DUNIA.

Alhamdulillah.. Walaupun Ana telah melakukan kesilapan sepanjang waktu berpantang yang telah mengurangkan kuantiti susu Ana, Ana masih dapat menyusukan puteri sulong yang tersayang sehingga sekarang. Insyaallah MK berazam untuk menyusukannya selama yang boleh.. Amin.. Moga dikabulkan.. <klik untuk baca pengalaman penyusuan Ana>



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...