CORETAN JARI JEMARI KU

Biarlah tulisan berbicara kerna itu lebih memberi makna. Izinkanlah suara bisu ini bernyanyi kerna ianya lebih merdu dan menenangkan.
Carilah permata dicelah-celah kaca walaupun jarimu terluka. Ianya pasti membahagiakan.

Friday, March 21, 2014

Hidup dengan persekitaran yang sihat

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum.. Sebagai salah seorang bekas pelajar dalam bidang kesihatan, Ana terpanggil untuk berkongsi banyak perkara tentang kesihatan. Tapi, kali ini, Ana lebih menumpukan terhadap KETOKSIKAN. Dalam dunia yang serba moden dan canggih, pembangunan di merata tempat... Namun, antara sedar atau tidak, sebenarnya KESIHATAN & KESELAMATAN diri kita semakin diperdagangkan.







Manakan tidak, ke hulu ke hilir asap kenderaan, asap rokok, habuk, debu dan sebagainya menjadi ramuan pernafasan. Masa makan pula, racun serangga, toksik dan perisa tambahan berkompromi dengan kesihatan. Tapi, macam mana nak elak.. sebab semua ini adalah ramuan kehidupan kini.. Bukan hanya persekitaran yang kita sedut dan hadapi hari, makanan kini pun amat terdedah dengan serapan toksik. Sayuran, ternakan, dan pengawet tidak lagi sebersih dan sesegar dahulu. 


Jika, apa yang BOLEH kita lakukan ialah :
1) Kurang atau elakkan pengambilan makanan segera dan makanan ringan.
2) Banyakkan minum air kosong dan air mineral.
3) Kurangkan minuman berkabonat dan berkafein.
4) Lakukan senaman ringan dan cari kawasan dengan udara segar.
5) Makan makanan yang berkhasiat dan mengikut waktu makan yang betul.
6) Mengambil vitamin/suplemen untuk meningkatkan mutu kesihatan.
7) Menggunakan barangan harian yang tidak bertoksik dan mesra alam sekitar.

Untuk 'point' ke 6 & 7, CUB dah amalkan hampir setahun dan sangat teruja dengan perbezaannya.

Antara bahaya bahan pencuci harian BERTOKSIK :
  1. Bahan pelarut sintetik : boleh mengganggu keseimbangan hormon.
  2. Bahan pelarut organik (butyl cellosolve) : sejenis neurotoksin yang menyerang saraf dan boleh merengsakan hidung.
  3. Morfolin : bahan toksin yang dapat merosakkan hati dan ginjal.
  4. Ammonia (pencuci kaca) : bahan racun yang mengganggu kulit, mata dan sistem pernafasan.
  5. Karbon monoksida (gas) : mengganggu sistem pernafasan dan boleh menyebabkan kematian
  6. Dan banyak lagi toksik yang berbahaya disekeliling kita tanpa kita sedari. Tak tersenarai CUB.
Klik sini --> Pencuci serbaguna tanpa toksik yang CUB gunakan

=============================================
Untuk maklumat lanjut, pembelian dan konsultasi produk, sila:
Berchatting dan berborak dengan kami di 0192282544
Add/PM Facebook : Mustazalyana Homebiz untuk bersama kami
LIKE : CintaUnguBiru demi sebuah perkongsian berterusan

Konsultasi sepanjang hayat hanya untuk pelanggan kami sahaja ye..
Jangan lupa FOLLOW blog kami, yang terbaik hanya untuk anda.

*Segala penulisan blog ini berdasarkan pengalaman dan pembacaan penulis untuk dikongsi bersama. Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah penyakit. Ianya satu usaha untuk meningkatkan mutu kehidupan bersama. Penerimaan setiap individu adalah berbeza.*
=========================================

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...