CORETAN JARI JEMARI KU

Biarlah tulisan berbicara kerna itu lebih memberi makna. Izinkanlah suara bisu ini bernyanyi kerna ianya lebih merdu dan menenangkan.
Carilah permata dicelah-celah kaca walaupun jarimu terluka. Ianya pasti membahagiakan.

Wednesday, July 03, 2013

Bisikan ajaib dalam mendidik anak

Mendidik anak bukan hanya dari segi lahiriah sahaja. Didikan dalaman atau dikenali sebagai batin sebenarnya delbih penting bagi memastikan anak kesayangan kita menjadi insan hebat duniawi dan ukhrawi.

Roh merupakan teman batin manusia. Antara cara mendidik batin atau roh dilakukan semasa anak sedang tidur. Bagaimana?

Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun2 kepalanya sebanyak mungkin atau sekurang2nya 100 kali. Kemudian, baca surah al fatihah sekali dan surah alam nasyrah sekali. Diikuti selawat ke atas nabi junjungan kita.



Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan dengan menyeru nama penuhnya sebanyak 3 kali. Sertakan bisikan yang berupa nasihat, pujian, harapan dan perasaan kasih sayang. Untuk memvariasikan, bisikan boleh diiramakan menjadi lagu yang mendayu untuk si anak.

Insyaallah kata2 dan nyayian kepada anak yang sedang tidur itu berkesan kepada jiwa dan rohnya. Kenapa waktu tidur adalah waktu yang paling sesuai? Ketika tidur, minda yang memainkan peranan ialah minda bawah sedar. Minda ini mudah dipengaruhi. Gelombang teta dan delta otak terhasil dalam keadaan ini.


Amalkan juga menyapu air lebihan wuduk yang masih ada pada anggota badan kita ke muka dan ubun2 anak sambil berselawat dan berdoa untuknya. Air wuduk dapat membersihkan hati dan menyucikan diri kita. Begitu juga untuk anak-anak kita. Jangan lupa ajak mereka bersolat bersama kita.


Sesungguhnya doa ibu bapa dimakbulkan oleh Allah. Moga anak2 kita menjadi insan soleh dan solehah seperti yabg kita harapkan. Amin...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...