CORETAN JARI JEMARI KU

Biarlah tulisan berbicara kerna itu lebih memberi makna. Izinkanlah suara bisu ini bernyanyi kerna ianya lebih merdu dan menenangkan.
Carilah permata dicelah-celah kaca walaupun jarimu terluka. Ianya pasti membahagiakan.

Wednesday, July 03, 2013

Bayi anda cerewet dan fussy atau tidak?

Siapa yang tidak mahu memberi yang terbaik untuk si kecil? Dari dalam kandungan lagi, si ibu berazam memberikan yang terbaik. Apapun pilihan samada susu ibu atau susu formula,ibu bapa tidak akan berkompromi.Terpanggil untuk berkongsi pengalaman dan sedikit ilmu yang ada untuk membantu ibubapa baru.

Kecerewetan bayi ("baby fussiness") sekitar bulan-bulan awal kelahirannya. 'Fussy' sering berlaku lewat tengahari atau lewat senja. Namun,ini berbeza mengikut diri bayi itu sendiri. Kebiasaannya,sikap 'fussy' bayi ini bermula 2-3 minggu dan paling tinggi ketika 6-8 minggu. 'Fussy' akan reda sekitar 3-4 bulan usia bayi.

Jika waktu ini berlaku setiap hari pada sekitar waktu yang sama,kita boleh anggap ia suatu yang normal bagi 

proses tumbesarannya. Jika terdapat tanda abnormaliti, rujuklah kepada pakar kanak-kanak secepat mungkin.

Sikap 'fussy' bayi biasanya ditandai oleh tangisan. Maklumlah,bayi hanya tahu menangis. Punca sebenar sukar dikenalpasti tetapi biasanya disebabkan kembung perut, kembung kolik, ruam lampin, kesensitifan terhadap susu,kekeliruan puting atau 'trush' (jangkitan kulat pada mulut).

Sebab lain yang lebih sukar dikenalpasti ialah bayi terlalu penat (banyak tidur), terlalu terangsang,kesunyian,tidak selesa dan paling biasa adalah semasa waktu pertumbuhan kritikal.

Ketika saat 'fussy' ini, sesetengah bayi yang menyusu badan akan bertindak untuk 'menggantungkan' mulut mereka pada buah dada ibu (ini terjadi pada ku dulu). Kelakuan ini boleh berlanjutan sehingga berjam2 lamanya. Ini kerana bayi ingin memastikan si ibu sentiasa berada bersama mereka. Jadi, janganlah anda menganggap yang anda TIDAK CUKUP susu. Bagi peluang untuk bayi bermanja. Ibu akan tersangat letih melayan bayi seperti ini. Belajarlah memberi susu badan sambil berbaring.

Para ayah pula, ketahui keadaan ini dan fahami perasaan dan kepenatan si ibu. Usah di'provoke' ibu itu. Hulurkanlah bantuan seperti mengurut belakangnya, menyuap makanan atau minuman dan menguruskan si comel anda.

Kadangkala bayi 'fussy' ini hanya ingin didakap, didodoi atau didukung. Hanya semudah itu. Jangan simpan dan kedekut sentuhan kerana sentuhan membuahkan kasih sayang dan membantu perkembangan positif si comel anda. 

Sentiasalah berada bersama bayi ketika bayi anda 'fussy' kerana hanya anda mempunyai hormon penenang yang membuatkan si kecil berasa selamat dan selesa. Sememangnya, bayi yang 'fussy' memerlukan lebih perhatian. Ini boleh menyebabkan tekanan pada ibubapa. Dapatkan sokongan dan bantuan apabila merasa letih melayan si kecil. Lupakan seketika kerja rumah dan ambil kasa untuk berfikiran positif. Kita adalah ibubapa yang hebat dan kita tahu apa yang terbaik untuk si kecil kita, Insyaallah.

Pesanan hati CUB : Pernah menghadapi saat puteriku, Aazra 'fussy' dalam 3-4 bulan usianya. Pengalaman yang tak dapat dilupakan. Sesiapa nak sokongan untuk mengahadapi bayi 'fussy' boleh share ngan aku.









No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...