CORETAN JARI JEMARI KU

Biarlah tulisan berbicara kerna itu lebih memberi makna. Izinkanlah suara bisu ini bernyanyi kerna ianya lebih merdu dan menenangkan.
Carilah permata dicelah-celah kaca walaupun jarimu terluka. Ianya pasti membahagiakan.

Sunday, May 25, 2014

Pengalaman bersalin yang kedua ~ induce, normal, vacum

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum.. Syukur Alhamdulillah..

Anak kedua ana berjaya ana kandungkan selama 40 minggu sehari. Pada malamnya, aku di 'induce' kerana belum ada tanda-tanda untuk bersalin. Jam 10 malam aku ditempatkan di wad dan doktor Karamjit Singh (doktor bertugas yang sama menyambut Aazra) datang memeriksa vagina dan memasukkan ubat 'induce' pada jam 11.45 malam.

Kontraksi yang pertama ana rasai pada jam 12.15 malam. Tapi masih perlahan dan tidak kerap. Mula menyedari ubat mula berfungsi, hatiku mula gembira. Berhajat untuk melahirkan si kecil pada keesokkan pagi selepas menghantar Aazra ke sekolah. Mataku enggan lelap sehingga jam 1.40 pagi.

Entah bila ana tertidur, ana dikejutkan dengan kontraksi yang kuat. Namun, ana tahankan selagi boleh. Setiap kali sakit, ana akan terjaga dan menahan kesakitan. Doa ana panjatkan agar ana akan bersalin selepas menghantar Aazra ke sekolah. Namun, jam 4 pagi membuatkan ana runsing. Sakit semakin kerap dan kuat. Misi masuk ke wad dan memeriksa kontraksi. Ana masih boleh lelap antara kontraksi dan ana tak ambil peduli untuk mengambil tahu seberapa kerap sakit tersebut.

Monday, May 19, 2014

Susu badan dua serentak, tanderm nursing mencabar

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum.. Syukur Alhamdulillah hampir seminggu melahirkan anak syurga yang kedua, putera ku semakin membesar, ummi semakin sihat..

CUB nak kongsikan perjalanan penyusuan badan Ana selama hampir 3 tahun daripada puteri kesayangan sehinggalah putera tercinta.

Mungkin terlalu awal untuk bergembira dapat menyusukan kedua-dua anak serentak, namun, yang pasti, tidak terlalu awal untuk terus bersyukur atas kurniaanNya, rezekiNya.

Puteriku, Aazra memulakan penyusuan pada hari kedua kelahirannya. Namun, sangat sedih Ana pada masa itu sebab susu badan tak keluar sampailah hari yang keempat selepas diurut bidan. Aazra terpaksa diberi susu formula pada tiga hari pertama. Menitis air mata Ana. Aazra pun tidak berpeluang untuk mendapat kolostrum Ana.

Hari keempat bermula dengan penyusuan susu badan secara EKSLUSIF. Adaptasi Aazra dengan puting badan agak perlahan. Almaklumlah dah disuakan dengan susu botol. Aazra lebih suka menyusu dari buah dada kiri berbanding buah dada kanan. Sampai nangis taknak yang kanan, ummi pun sampai nangis sakit sangat. Ana ambil keputusan ke hospital berjumpa dengan pakar laktasi. Alhamdulillah, berkat semangat sendiri, sokongan suami dan tips penyusuan yang dipelajari, Allah mengizinkan Aazra pandai menghisap kedua-dua belah buah dada. Syukur teramat.

Sunday, May 11, 2014

Comotomo ~ baby suka main picit-picit

Bismillahirahamnirrahim.. Assalamualaikum.. Lagi-lagi Ana dok buat entri testimoni, cerita tentang botol susu idaman ni kan? Bukan sebab apa, mahal memang mahal, tapi berbaloi, Insyaallah.

Mengatasi masalah keliru puting bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Hanya ibu yang mengalaminya sahaja faham perasaan bimbang, runsing dan risau akibat keengganan si buah hati menerima susu dalam botol (susu badan @ susu formula).

Dulu Ana tidak pernah tahu adanya masalah keliru puting, menolak botol susu dan sebagainya. Sebab, kalau nak tahu, Ana ni penghisap susu botol tegar sampai 7 tahun okay (malu i..).. Selepas mengalami pengalaman dengan Aazra, barulah Ana tahu. Benarlah, pengalaman adalah sebaik2 guru dalam hidup.
Jadi, Ana sangat gembira kalau ibu2, mama2, ummi2, mak2, bonda2, mummy2 diluar sana gembira dengan berjayanya mengadaptasikan anak2 mereka.. Tiada apa yang lebih indah selain memperoleh yang terbaik untuk si manja.

Alhamdulillah, satu lagi testimoni peelanggan Ana yang sangat teruja dan gembira dengan BOTOL SUSU COMOTOMO yang dibelinya daripada Ana.

Mungkin ini juga penyelesaian untuk anda. Insyaallah, Ana doakan yang terbaik untuk anda dan permata hati anda. Jangan putus asa ye..

Berminat? Stok sedia ada. Servis cepat dan konsultasi penyusuan dan kesihatan untuk anda.
=============================================
Untuk maklumat lanjut, pembelian dan konsultasi produk, sila:
Berchatting dan berborak dengan kami di 0192282544
Add/PM Facebook : Mustazalyana Homebiz untuk bersama kami
LIKE : CintaUnguBiru demi sebuah perkongsian berterusan

Konsultasi sepanjang hayat hanya untuk pelanggan kami sahaja ye..
Jangan lupa FOLLOW blog kami, yang terbaik hanya untuk anda.

*Segala penulisan blog ini berdasarkan pengalaman dan pembacaan penulis untuk dikongsi bersama. Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah penyakit. Ianya satu usaha untuk meningkatkan mutu kehidupan bersama. Penerimaan setiap individu adalah berbeza.*
=========================================
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...