CORETAN JARI JEMARI KU

Biarlah tulisan berbicara kerna itu lebih memberi makna. Izinkanlah suara bisu ini bernyanyi kerna ianya lebih merdu dan menenangkan.
Carilah permata dicelah-celah kaca walaupun jarimu terluka. Ianya pasti membahagiakan.

Tuesday, April 29, 2014

Diet untuk Detoksifikasi

Bismillahirrahmanirahim.. Assalamualaikum..

Gabungan toksik ini merupakan punca terjadinya penyakit seperti ketumbuhan, tumor, migrain dan sebaginya. Kajian menunjukkan hampir 90% penyakit disebabkan oleh pengumpulan dan mendapan toksin dalam tubuh. Sakit merupakan petunjuk terhadap kehadiran toksik.

Diet yang boleh membantu detoksifikasi :

* BANYAKKAN AMBIL AIR KOSONG/MINERAL/MASAK/'SKY JUICE'

Tidak ramai yang menggemari air ini kerana rasanya yang tawar. Walaubagaimanapun, racun dan toksik boleh dicuci dengan kehadiran air yang mencukupi. Ia merupakan cara paling mudah untuk menyingkirkan toksik tubuh. Oleh itu darling semua, jom paksa diri untuk minum air sekurang-kurangnya 2-3L air dalam sehari. Tambahan, ketiadaan kalori dan gula membantu kita-kita yang nak diet tu. Awesome!



* PENGAMBILAN MAKANAN YANG BERSERAT TINGGI

Beras perang, beras bebas kanji, bijirin, gandum dan sayur-sayuran serta buah-buahan organik. Makanan berserat melawaskan dan memudahkan proses pencernaan di samping membantu mengeluarkan toksik dari tubuh. Selain itu, terdapat juga makanan khas untuk detoksifikasi seperti ubi, kubis, brokoli, spirulina, rumpai laut dan sebagainya.

* MAKANAN YANG MEMPUNYAI OMEGA-3

Omega-3 merupakan makanan yang sihat dan amat penting sebagai sumber anti-oksida tubuh yang juga merupakan agen anti-inflamasi. Makanan yang paling banyak omega-3 ialah ikan salmon. Susahnya nak jumpa kan ikan salmon,kan? Dahlah mahal. Heeheh.. Sekarang, supplemen omega-3 boleh ditemui walau harganya agak mahal. Ana amalkan omega tau, OMEGA GUARD SHAKLEE, berkualiti dengan harga yang berpatutan.

* HERBA / SUPLEMEN

Teh hijau, lemon, daun pudina, halia antara herba semulajadi yang baik untuk membantu detoksifikasi tubuh. Kesemua ini dapat membersihkan dan melindungi hati dari pengumpulan toksik. Selain herba, suplemen semulajadi (Shaklee for sure), mempunyai persediaan herba untuk proses detoksifikasi. Terdapat beberapa produk yang membantu detoksifikasu tubuh seperti ALFALFA COMPLEX (terlajak laris), DTX COMPLEX (detoksifikasi hati), VITAMIN C (menghasilkan glutathione untuk membuang toksik), HERB-LAX (detoksifikasi usus) dan banyak lagi. Ana sangat menyarankan Shaklee sebab ianya terbukti semulajadi dan baik untuk tubuh.

* TRANSFORMASI STRESS

Tekanan positif meninggalkan kesan positif pada tubuh dan kehidupan. Namun, tekanan yang negatif dan terlalu banyak/berat menghasilkan kesan negatif pada tubuh. Jangan tak percaya, secara tidak langsung, tekanan boleh mengganggu fisiologi tubuh manusia. Penyebab terhadap sakit, penyebab terhadap gangguan perasaan dan sebagainya. Oleh yang demikian, ubahlah setiap tekanan kepada sesuatu yang positif dan membina. Insyaallah, kebaikan akan menyusul baik dari segi emosi, fisiologi dan tindakan. Amin...

* HYDROTHERAPY

Teknik hidroterapi dilakukan dengan memandikan diri dengan air panas selama 5 minit dengan membiarkan air tersebut mengalir di belakang tubuh. Kemudian, siram tubuh dengan air sejuk selama 30 saat. Ulangi langkaah ini sehingga tiga kali atau lebih. Setelah itu, berehat dengan cara tidur selama 30 minit. Insyaallah, kesegaran lebih terasa dengan detoksifikasi yang dilakukan.

* SENAMAN & SAUNA

Keadaan tubuh dengan kuantiti oksigen yang mencukupi membantu menggalakkan peredaran darah. Tubuh yang aktif dapat meningkatkan kuantiti dan kualiti oksigen tubuh. Oleh itu, senaman membantu eliminasi toksik secara langsung dan tidak langsung. Pengeluaran peluh dari tubuh merupakan detoksifikasi yang paling pantas dan baik. Sauna boleh juga dilakukan bagi mengeluarkan peluh bersama dengan bahan-bahan toksik dalam tubuh. Tentunya segar dan bertenaga selepas itu tau! Bab ni, senaman yang paling CUB suka adalah berenang. Tak penat sangat tapi percayalah banyak kalori, lemak dan detoksifikasi yang berlaku.

*** Ana dah cuba detoksifikasi tubuh tau dengan produk suplemen Shaklee. Alhamdulillah, semakin ringan, mudah lawas, bertenaga dan tahan lebih lama. Hihihi.. Betul, al-maklumlah sejak makin berumur, mengandung, menyusu, bersalin dan berkerja ni, banyak tenaga zahir dan batin yang digunakan. Kesannya, mudah letih, mengantuk dan sakit-sakit badan. Selepas amalkan suplemen secara berterusan dan konsisten, alhamdulillah..

* Peringatan : Suplemen Shaklee berasaskan makanan semulajadi tanpa bahan kimia. Ia akan mengambil masa yang panjang untuk bertindakbalas dengan tubuh bagi menghasilkan kesan optimum. Oleh itu, pastikan pengambilannya adalah konsisten, istiqamah dan berdisplin.

=============================================
Untuk maklumat lanjut, pembelian dan konsultasi produk, sila:
Berchatting dan berborak dengan kami di 0192282544
Add/PM Facebook : Mustazalyana Homebiz untuk bersama kami
LIKE : CintaUnguBiru demi sebuah perkongsian berterusan

Konsultasi sepanjang hayat hanya untuk pelanggan kami sahaja ye..
Jangan lupa FOLLOW blog kami, yang terbaik hanya untuk anda.

*Segala penulisan blog ini berdasarkan pengalaman dan pembacaan penulis untuk dikongsi bersama. Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah penyakit. Ianya satu usaha untuk meningkatkan mutu kehidupan bersama. Penerimaan setiap individu adalah berbeza.*
=========================================

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...