CORETAN JARI JEMARI KU

Biarlah tulisan berbicara kerna itu lebih memberi makna. Izinkanlah suara bisu ini bernyanyi kerna ianya lebih merdu dan menenangkan.
Carilah permata dicelah-celah kaca walaupun jarimu terluka. Ianya pasti membahagiakan.

Friday, March 21, 2014

Sains dan Penyusuan ~ Konsep 'Demand & Supply'

 

Bismillahirahmanirrahim.. Assalamualaikum semua. Hari ini Ana nak share pengetahuan tentang satu organ anugerah Allah buat kita, wanita.. Apakah ia? Buah dada, sumber makanan TERBAIK untuk anak kita... Murah, Jimat, Cepat, Selamat dan Bersih. Malah, kualiti yang tiada tolok tandingannya.

Kerapkali apabila bercerita tentanag penyusuan, 'Demand & Supply' (D&S) adalah perkara yang banyak ditekankan. Erm dah ada baby baru Ana sedar dan tahu tentang konsep ini. Tapi maklumlah, Ana kan berada dalam bidang sains perubatan, mestilah teringat-ingat tentang anatomi buah dada yang dipelajari. Jom baca perkongsian Ana.

Buah dada sebenarnya ialah kelenjar. Mempunyai tisu penghubung dan tisu lemak yang menyokong dan memelihara kawasan penghasilan susu didalam buah dada. Susu dihasilkan oleh kluster kecil yang dinamakan alveoli susu. Dari alveoli susu ini, susu akan mengalir ke puting melalui saluran buah dada. Susu kemudiannya akan dirembeskan keluar dari puting. In boleh berlaku dengan hisapan bayi atau aruhan pam ataupun mungkin tanpa apa-apa rangsangan.

Penyusuan yang berjaya hakikatnya tiada kena mengena dengan saiz buah dada atau saiz puting. Saiz buah dada diwarisi dan ditentukan oleh jumlah sel lemak yang anda ada. Ia berbeza antara satu individu dengan individu yang lain. Malah, sepanjang proses mengandung dan menyusu, buah dada boleh menjadi bertambah besar dengan berlaku pertambahan dan pengaktifan kelenjar susu. 

Puting dan areola (kawasan hitam sekitar puting) membesar dan menjadi semakin gelap sesama mengandung. Ini memungkinkan bantuan untuk bayi mengenalpasti 'target' lekapan dan hisapnnya. Setiap puting mempunyai antar 15-20 pembukaan yang membolehkan pengaliran susu berlaku.


Terdapat bintik-bintik di kawasan areola yang dinamakan kelenjar montgomeri yang merembeskan minyak asli yang membersihkan, melancarkan dan memelihara puting sepanjanf tempoh mengandung dan menyusu. Minyak ini adalah steril, bebas dan bakteria. Malah, minyak ini mempunyai enzim yang dapay membunuh bakteria dan mengelakkan susu beku tanpa sebab. Sebab itulah SUSU IBU MERUPAKAN SUSU TERBAIK, STERIL, BERSIH dan MENYIHATKAN. 

Anda perlu memahami bahawa susu hanya akan keluar sekiranya terdapat tekanan di kawasan areola. Sebab itulah kita perlu memastikan sebanyak mungkin kawasan areola harus berada dalam mulut bawi (teknik lekapan yang betul). Semasa bayi menghisap, aksi gerakan rahang dan lidah bayi yang menekan sinus susu di kawasan areola membentuk hisapan. Ini mengakibatkan susu mengalir keluar daripada buah dada ke dalam mulut bayi. 

Konsep asas penyusuan ialah demand and supply. Penerangan untuk konsep ini sangat mudah. Apabila ada permintaan daripada bayi melaui atau pengepaman, susu yang terkumpul di dalam buah dada akan dikeluarkan.Oleh itu, semakin banyak melakukan penyusuan, semakin banyak susu yang akan dihasilkan.

Jadi, andai ibu-ibu masih rasa mengalami masalah dalam penyusuan, sila lakukan senarai semak di bawah ini:

1. Adakah ibu telah mengamalkan diet seimbang dan mengikut waktu makan? 

2. Adakah ibu mengamalkan jadual mengepam yang konsisten dan kerap? 

3. Adakah ibu mengambil lebih 3L minuman dalam sehari? 

4. Adakah ibu stress, penat atau bimbang? 

5. Adakah anak sedang melalui fasa 'growth spurt'? 

6. Adakah ibu pernah cuba teknik power pumping / tambah kekerapan / tandem pumping? 

Insyaallah jika semua ini dapat anda selesaikan secara berhemah, Insyaallah, tiada yang mustahil. Kita pasti mampu menyusukan cahaya mata kita sebaik mungkin dan selama yang boleh. Jangan berputus asa ye.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...