CORETAN JARI JEMARI KU

Biarlah tulisan berbicara kerna itu lebih memberi makna. Izinkanlah suara bisu ini bernyanyi kerna ianya lebih merdu dan menenangkan.
Carilah permata dicelah-celah kaca walaupun jarimu terluka. Ianya pasti membahagiakan.

Saturday, February 01, 2014

Psikomotivasi : Anda dan identiti anda dalam perniagaan

Bismillahirrahmanirahim... Assalamualaikum.. Hari ini Ana baru balik dari kursus 'Future Leader' yang dianjurkan oleh salah seorang idola dalam Masters Shaklee, Kak N.. Alhamdulillah, moga apa yang diperoleh dapat Ana manfaatkan dalam membantu orang lain memperoleh manfaat kesihatan dan manfaat ketebalan poket... Amin..

Antara isinya tadi yang menarik bagi Ana adalah ucap daripada Masters tadi adalah tentang HAIWAN DAN IDENTITI KITA SEBAGAI PENIAGA.

Elok juga pembaca semua kenali diri juga agar tahu kekuatan dan kelemahan sendiri. Jom tengok!



(1) Helang/Eagle
-melambangkan keberanian individu
-menyerang dan menyambar apa yang diingini
-tajam dan tepat dalam matlamat
-menyendiri dengan perancangan teliti
-berani meredah dan menongkah sambil belajar
-sentiasa yakin diri dan slumber

*menjadikan individu ini seorang yang boleh berjaya dalam perniagaan sekiranya matlamat jelas, pemilihan perniagaan tepat dan jalan yang betul, Insyaallah. 
*Perniagaan online sangat sesuai diadaptasi dengan sikap individualistik dan menyendiri si helang.


(2) Merak/Peacock
-seorang yang ingin kehadirannya disedari dan dirinya dikenali
-sangat suka berada dengan orang ramai 
-suka menjadi 'centre of attraction'
-berani bersuara dan memberi pendapat
-ramah dan mudah bergaul
-lebih bnyak belajar melalui kesilapan

*individu yang juga antara yang berjaya dalam dunia perniagaan disebabkan keremahan dan kegemaranbya untuk junpa dan bercakap dengan orang ramai.
*perniagaan yng melambangkan identiti dirinya lebuh digemari. Al maklumlah, perhatian tu kan penting.
*boleh buat perniagaan online atau offline


(3) Burung Hantu/Owl
-tanpa ilmu, tanpa keyakinan dan tanpa bukti, dia akan senyap
-lebih memerhati dan bertindak berdasarkan fakta
-baik untuk jenis perniagaan servis atau konsultasi
-harus produktif sambil mendapatkan ilmu untuk mengejar kelajuan dunia  perniagaan kini
-ilmu sering hadir dengan amalan dan pengalaman

*individu yang akan berjaya bergerak dengan ilmu yang penuh di dada dan sikap produktif yang tinggi
*ilmu memajukan dan menjayakan seseorang, Insyaallah


(4) Merpati/Dove
-lembut hati dan mudah terpengaruh
-niatnya untuk menjual produknya tetapi dia akan membeli produk lain pula
-sikap ini sememangnya ada pada setiap individu, tolak ansur. Tapi AWAS, usah sampai ditolak beransur2

*boleh berjaya dalam perniagaan dengan sikap lembut dan tolak ansur
*harus berhati2 jika terdapat orang 'helang' atau 'merak' bagi mengelakkan pengaruh yang lebih dominan
*perlu mendidik diri untuk berkata 'NO'
*belajar teknik kunci perniagaan

Pendek kata, bagi CUB, tiada satu oun personaliti anda yang akan menggagalkan anda. Ianya hanyalah 'bagaimana anda menggunakan kekuatan & kelemahan dalam identiti anda itu'. Jom kenali diri untuk membentuk tapak2 kejayaan anda.

Okay, jumpa lagi ye dalam nota psikomotivasi yang akan datang. Teruskan membaca dan ikut blog CUB ye. Muah...



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...