CORETAN JARI JEMARI KU

Biarlah tulisan berbicara kerna itu lebih memberi makna. Izinkanlah suara bisu ini bernyanyi kerna ianya lebih merdu dan menenangkan.
Carilah permata dicelah-celah kaca walaupun jarimu terluka. Ianya pasti membahagiakan.

Sunday, January 05, 2014

Punca Toksin Tubuh dan Kepentingan Detoks

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua. Selamat pagi Isnin yang pertama di 2014. Tahun baru, azam baru. Mestinya semua nak kesihatan baru, kecergasan baru dan individu yang baru demi menempa kehidupan untuk kejayaan didunia dan diakhirat. 

Nak sesuatu yang baru, kenalah buang yang lama kan? Setiap hari kita makan, minum pelbagai benda tak kira samada ianya ubat, makanan berkhasiat atau tidak berkhasiat, minuman bergula dan sebagainya. Adakah semua itu diserap kedalam badan 100%? Tentunya tidak. Kemungkinan besar yang diserap hanyalah 40-75% sahaja. Yang lain akan disingkirkan keluar atau kekal dalam peredaran darah selagi tidak dibuang.

Pembersihan darah dinamakan detoksifikasi (detoks). Ini dilakukan dengan membuang bahan-bahan tak berguna dari darah di hati, tempat di mana toksin diproses dan disingkirkan. Selain itu, toksin juga disingkirkan melalui buah pinggang, usus, paru-paru, limfa dan kulit. Sekiranya sistem perkumuhan dan detoksifikasi mempunyai masalah, bahan tidak berguna tidak mampu ditapis dengan baik. Ini mengakibatkan kesan buruk terhadap setiap sel dalam badan.


Bennett, seorang pakar perubatan telah mencadangkan detoksifikasi perlu dilakukan sekurang-kurangkan sekali setahun bagi mengelakkan terdapat bahan tidak berguna berkumpul di dalam darah. Walaubagaimanapun, pakar ini menentang detoksifikasi ke atas ibu yang menyusu, kanak-kanak dan pesakit kronik seperti kanser atau tuberkulosis. 

Linda, penulis buku 'Detoxification' menyatakan detoks adalah sangat kritikal terutamanya dalam keadaan persekitaran kini yang penuh dengan pencemaran. Buku ini juga menyenaraikan simptoms detoks, antaranya ialah:
  • Kepenatan yang tak dapat dijelaskan 
  • Eleminasi yang perlahan 
  • Kulit beriritasi 
  • Alergi 
  • Infeksi gred rendah 
  • Kesan 'eye bag' di bawa mata 
  • Bengkak sel 
  • Masalah mentrual (haid) 
  • Kebingungan mental 
  • Banyak tidur 
Jadi, macam mana ye nak buang toksin dalam badan tu ye? Meh CUB cerita sikit. Pertama sekali, kuantiti toksin perlu dikurangkan dengan menghentikan pengambilan alkohol (yang ni haram bagi Islam, jangan ambil ye!), kopi (ha, yang ni mesti ramai peminat), rokok (ooppss! berhentilah sebelum terlambat), gula pasir (hah! banyakkan gula dalam senyuman) dan lemak tepu (punca kegemukan). Kurangkan penggunaan produk bahan kimia untuk barangan rumah dan barangan peribadi. seelok-eloknya, gunakanlah barangan orgnik ye.. < KLIK UNTUK BARANGAN RUMAH ORGANIK>

Tekanan merupakan ganguan terhadap kesihatan yang baik. Tekanan menyebabkan pelepasan hormon ke dalam sistem badan. Hormon tersebut ialah adrenalin. Perembesan hormon adrenalin yang berlebihan dalam kuantiti yang banyak membentuk toksin dan mengurangkan enzim detoks dalam hati. Jadi, janganlah melayan tekanan ye. Elakkan tekanan, banyakkan ketenangan. InsyaAllah, kesihatan bakal menyusul.


< DIET UNTUK DETOKSIFIKASI SECARA SEMULAJADI>

Amalkanlah cara hidup yang baik untuk kesihatan berpanjangan, InsyaAllah. Detoks perlu untuk membolehkan peredaran dan sistem tubuh berjalan dengan baik dan lancar. Sesungguhnya kesihatan itu adlah anugerah. menjadi tanggungjawab kita untuk memeliharnya ye kawan. 

Salam sayang para pembaca.. Jom detoks... U olls kalau berminat botol susu mimijumi @ comotomo @ Shaklee, teruskan pembacaan okay..

=============================================
Untuk maklumat lanjut, pembelian dan konsultasi produk, sila:
Berchatting dan berborak dengan kami di 0192282544
Add/PM Facebook : Mustazalyana Homebiz untuk bersama kami
LIKE : CintaUnguBiru demi sebuah perkongsian berterusan

Konsultasi sepanjang hayat hanya untuk pelanggan kami sahaja ye..
Jangan lupa FOLLOW blog kami, yang terbaik hanya untuk anda.

*Segala penulisan blog ini berdasarkan pengalaman dan pembacaan penulis untuk dikongsi bersama. Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah penyakit. Ianya satu usaha untuk meningkatkan mutu kehidupan bersama. Penerimaan setiap individu adalah berbeza.*
=========================================







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...