CORETAN JARI JEMARI KU

Biarlah tulisan berbicara kerna itu lebih memberi makna. Izinkanlah suara bisu ini bernyanyi kerna ianya lebih merdu dan menenangkan.
Carilah permata dicelah-celah kaca walaupun jarimu terluka. Ianya pasti membahagiakan.

Tuesday, December 03, 2013

Waktu siang pun rumah dipecah masuk?

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum semua pembaca...
Lama betulkan Ana tak bersiaran diruangan ini, kan? Ana sangat rindu tapi disebabkan beberapa faktor kehidupan yang semakin menyengat sejak kebelakangan ni, Ana tak sempat nak update. Apa-apa pun Ana nak sangat update hari ini. So, Ana curi-curi masa untuk menulis ni. Hee hee he.. 

Nak tau apa yang terjadi? Ana sebenarnya baru 3 minggu berpindah ke rumah baru. Kawasan rumah baru CUB ni kawasan baru, dalam satu kawasan. Jalan rumah Ana rasanya 50% dah didiami oleh jiran-jiran tercinta. Tetapi... jeng jeng jeng.. Nak tau cerita tak? Dua hari lepas, pada tanggal 2 disember 2013, rumah baru ku telah dicerobohi oleh seorang hamba Allah yang tak beretika dan tidak baik.



Lepas maghrib, dalam perjalanan pulang ke rumah, suami ku mendapat panggilan dari jiran sebelah, En
Akmal. Rumah disyaki telah dipecah masuk? Hah, sudah! Sangat bimbang dengan barang kemas (Aazra & aku) dan kereta suami (yang kuncinya di rumah). Anggaran kerugian rm10k (maklumlah emas tu...huhuhu) 

Jam 8.30malam, kami sampai di depan pintu rumah. Sah dipecah masuk. Lampu terpasang, pintu pagar luar renggang. Jiran sebelah kanan rumah juga menjadi mangsa (ni kes tamaklah ni). Hah, nak tau dari mana 'mereka' masuk? Sliding door you.. Slumber je mematahkankan telinga grill (yang rapuh mungkin, rapuh ke?). Dahlah rumah baru, belum habis dikemas, yang dikemas dah dikembur semula oleh 'mereka' itu. Tekanan tengok rumah, ditambah dengan kehilangan barangan di rumah. Apa yang hilang? TV LCD, Barang kemas (satu set lengkap) dan jam-jam tangan (milik suamiku). Ke balai membuat laporan. Nak tau apa yang best? Pada hari ini, julat masa yang lebih kurang sama, LAPAN buah rumah di kawasan yang sama telah dipecah masuk. Apa? 8 buah? Memang meriah la 'mereka' itu!! 

Setelah melakukan sedikit analisis (yang tak terbukti lagi, beberapa kesimpulan yang dapat kami dan jiran-jiran simpulkan ialah : 
(1) Pencerobohan dilakukan secara berkumpulan 
(2) Dirancang ke atas rumah-rumah yang suami isteri berkarier 
(3) Dilakukan di siang hari (terutamanya seharian hujan tak berhenti) 
(4) Kemasukan melalui 'sliding door' dengan cara mematahkan/memecahkan gril 
(5) Penceroboh telah merancang dan disyaki membawa kereta/van semasa menjalankan aktiviti tidak sihat mereka 

Erm, sedih sebenarnya dengan musibah yang berlaku. Kebanyakan barang yang hilang tu banyak nilai sentimental... tu yang Ana sebak sangat... cincin tunang, hadiah dari maktok, mama dan abah.. Moga Allah menggantikan yang lebih baik untuk kami sekeluarga.. Amin.. 

Kepada semua rakan-rakan Ana, berhati-hati ye. Ambil pengajaran, barang kemas, jam, kunci letakkan ditempat yang selamat (pastikan kreatif sampai 'mereka' tak terfikir). Semakin tinggi nilai kos hidup, semakin banyak jenayah akan berlaku. 

Setiap kejadian pasti ada hikmahnya, oleh itu jom tengok antara hikmah yang dapat CUB senaraikan : 
(1) Harta adalah pinjaman, hak Allah. Redha dan sabar kerana kehilangannya membuktikan ianya bukan rezeki dan milik kita 
(2) Mengenali leih ramai jiran dalam kawasan BSP Avenue (rukun tetangga dan hubungan yang menarik dan baik) 
(3) Menguatkan institusi kemasyarakatan 
(4) Mengeratkan sillaturrahim 
(5) Saling mendoakan dan mengambil berat tentang harta benda jiran tetangga 
(6) Menjadi 'busy body' itu penting 
(7) Lebih berhati-ati, sling mengingat dan saling menasihati antara satu sama lain 
(8) Waspada dan bertawakal ketika meninggalkan rumah, jangan lupe baca ayatul kursi and selawat waktu mengunci pintu... 
dan tentunya banyak lagi...yang tersirat dan tersurat dari Allah.. 

Apa-apa pun, Ana dan keluarga mendoakan keselamatan, kebahagiaan dan kesejahteraan anda semua ye. "Ya Allah, limpahkan segala kebaikan, keselamatan, perlindungan dan kesejahteraan kehidupan kami, kehidupan keluarga kami, kehidupan rakan kami, kehidupan kenalan kami, kehidupan pembaca blog ini dan seluruh umat islam. Jadikanlah kami hamba-hambaMu yang beriman dengan agamaMu" Amin..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...