CORETAN JARI JEMARI KU

Biarlah tulisan berbicara kerna itu lebih memberi makna. Izinkanlah suara bisu ini bernyanyi kerna ianya lebih merdu dan menenangkan.
Carilah permata dicelah-celah kaca walaupun jarimu terluka. Ianya pasti membahagiakan.

Wednesday, August 07, 2013

Oat itu sihat lagi menyihatkan

Bijiran oat merupakan makanan yang sememangnaya baik untuk kesihatan. Terdapat 10 sebab kenapa perlu cintai bijirin oat?

1.  Makanan rendah kalori yang mengelakkan kelaparan. Secawan hanya 130 kalori. Wow! Kalori rendah namun kenyang; sebab bijirin oat akan berada lama dalam perut. Kurang lapar dan rasa kebulur merendahkan kebarangkalian untuk mengambil makanan lain.

2.  Memberi aras serat yang tinggi, aras lemak yang rendah dan aras protein yang tinggi. Oat kenali sebagai bijirin yang mempunyai kandungan protein yang tertinggi.
3.  Menstabilkan kandungan gula dalam darah dan merendahkan risiko diabetes (jenis II). Kuantiti serat yang tinggi serta sumber karbohidrat kompleksnya melambatkan pertukaran ('conversion') makanan keseluruhan itu kepada gula mudah ('simple sugar'). Kandungan magnesium yang tinggi melengkapkan tubuh dalam proses penggunaan glukosa dan perembesan insulin.

4.  Membuang kolestrol jahat (LDL); tanpa menggangu-gugat kolestrol baik (HDL). Banyak kajian menunjukkan keunikan serat 'oatmeal' yang dinamakan beta-glutan yang memberi kesan berfaedah terhadap aras 'oncholestrol'.

5.  Selamat dan bebas dari gluten; maka ianya sesuai untuk individu yang sensitif gluten. Namun, bagi individu tak tolenransi ('intolerant') gluten atau penyakit usus, terdapat beberapa perkara yang harus diambil kira. Bijirin oat mengandungi kurang prolamin (protein) yang sering ditemui dalam gandum tetapi bijirin oat mengandungi avenin. Avenin ialah prolamin yang memberi kesan toksik terhadap mukosa usus ke atas individu sensitif avenin. Sekiranya bijirin oat terkontaminasi daripada padang gandum atau fasiliti pemprosesan, ia boleh mengandungi gluten juga. Banyak kajian menunjukkan kebanyakan penghidap penyakit usus boleh memakan gandum bebas bijirin oat tanpa masalah.

6.  Terdapat lignan yang mencegah penyakit jantung dan kanser. Oat seperti bijiran penuh lain, mengandungi lignan tumbuhan, yang ditukarkan ('converted') oleh flora usus kepada lignan mamalia. Sejenis lignan, dikenali sebagai enterolaktone, dikatakan merupakan pencegah kanser buah dada dan juga mana2 kanser bergantung hormon termasuklah penyakit jantung. 

7.  Mengandungi antioksida unik yang berguna untuk merendahkan risiko penyakit jantung. Satu kajian di universiti Tufts menunjukkan bahawa antioksida unik dalam bijirin oat iaitu avenanthramides, membantu mengelakkan penghasilan radikal bebas daripada  merosakkan kolestrol jahat (LDL), sekaligus mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

8.  Mengelakkan kes kegagalan jantung. Kajian dari Havard ke atas 21,000 orang peserta selama 19 tahun menunjukkan mereka yang mengambil 'cereal' bijirin penuh setiap pagi mempunyai penurunan risiko kegagalan jantung sebanyak 29%. Bijiran yang paling mudah ditemui dalam bentuk tersedia ialah oat.

9.  Meningkatkan respon imun sistem tubuh terhadap penyakit. Serat unik dalam bijirin oat , beta-gluten membantu neutrofil (sejenis sel darah putih) bergerak ke kawasan infeksi dengan lebih cepat. Ia juga meningkatkan kebolehan sistem pertahanan tubuh untuk menyingkirkan bakteria yang menjadi punca infeksi.

10.  Rasa yang sedap. Kesemua bijirin oat telah melalui proses pemanasan yang mengakibatkan ianya berperisa kekacang yang enak. Ini juga mengelakkan bijirin oat dari rosak dengan mudah. Ini mengekalkan sumber serat dan nutrien yang khas. 

《 Klik sini untuk resepi2 istimewa oat 》

Nota kaki :
Ana mengamalkan pengambilan oat dengan Cinch & ESP untuk program menurhnkan berat badan Ana. Alhamdulillah ada kesan positif. Insyaallah, istiqamah dan ikhtiar akan membuahkan hasil. Amin.

=============================================
Untuk maklumat lanjut, pembelian dan konsultasi produk, sila:
Berchatting dan berborak dengan kami di 0192282544
Add/PM Facebook : Mustazalyana Homebiz untuk bersama kami
LIKE : CintaUnguBiru demi sebuah perkongsian berterusan

Konsultasi sepanjang hayat hanya untuk pelanggan kami sahaja ye..
Jangan lupa FOLLOW blog kami, yang terbaik hanya untuk anda.

*Segala penulisan blog ini berdasarkan pengalaman dan pembacaan penulis untuk dikongsi bersama. Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah penyakit. Ianya satu usaha untuk meningkatkan mutu kehidupan bersama. Penerimaan setiap individu adalah berbeza.*
=========================================

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...