CORETAN JARI JEMARI KU

Biarlah tulisan berbicara kerna itu lebih memberi makna. Izinkanlah suara bisu ini bernyanyi kerna ianya lebih merdu dan menenangkan.
Carilah permata dicelah-celah kaca walaupun jarimu terluka. Ianya pasti membahagiakan.

Wednesday, July 03, 2013

Checklist ~ Mengapa vitamin atau supplemen tak berkesan?


Ambil vitamin tapi tak berkesan?

Penat lelah pelaburan wang tidak berbaloi?
Rasa rugi dan tertipu?

Pengambilan vitamin seharusnya memberikan impak positif dalam kehidupan. Andai kata tiada sebarang perubahan atau keadaan kesihatan anda semakin merosot, mungkin anda telah mengambil vitamin atau ubatan yang salah. Oleh itu, seperti yang sering ana ditegaskan, sila dapatkan KONSULTASI TERPERINCI sebelum membuat keputusan untuk mengambil mana-mana vitamin atau ubat. Apa-apapun, jangan cepat melatah ye.

Semak dulu antara punca-punca keTIDAKberkesanan vitamin anda di sini. Mungkin ianya kesilapan kita
sendiri. Jom kongsikan ilmu.

1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.

Erm...berapa ramai rasanya yang banyak minum air? Antara air-air yang kita minum dalam sehari tu la kan.. berapa kali pemfokusan dilakukan terhadap pengambilan air kosong berbanding air bewarna atau air berperisa? Kemanisan boleh menyebabkan obesiti. Air manis juga memekatkan darah lantas menyebabkan kesukaran aliran darah ke serata tubuh. Untuk memastikan vitamin diserap dengan lebih baik, kita disarankan mengamalkan pengambilan air kosong yang banyak.

2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.

Pengambilan banyak vitamin secara serentak, meningkatkan kepekatan darah pada masa tersebut. Ini sekaligus boleh mengurangkan keupayaan vitamin untuk menjalankan fungsinya. Vitamin perlu diagaih-agihkan pengambilannya agar kepekatan darah kita terkawal.

Di samping itu, setiap vitamin yang diambil akan dikumuhkan mengikut jangka hayat fungsinya masing-masing. Perkumuhan berlaku melalui peluh, feses dan urin. Andainya pengambilan vitamin yang banyak berlaku pada masa-masa tertentu sahaja, ini akan membenbankan tugas buah pinggang untuk menjalankan proses perkumuhan. Tambahan sekiranya kita tidak meminum air dalam kuantiti yang mencukupi.

3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.

Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil

ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 2-3 jam selepas pengambilan ubat doktor.

Selain itu, kita perlu juga memahami konsep ketidakserasian antara vitamin atau ubat-ubatan yang di ambil. Sesetengah kandungan dalam vitamin X menghalang penyerapan ubat Y, contohnya. Oleh yang demikian, vitamin X dan ubat Y DILARANG dimakan pada masa yang sama. Ataupun ubat A dan vitamin B menyebabkan deguapan jantung yang laju, maka, ubat A dan vitamin B TIDAK BOLEH diambil secara serentak. Jarakkan pengambilan antara vitamin atau ubatan yang tidak serasi ini antara 3-4 jam.

4. Kurangkan pengambilan kafien dalam diet harian.

Minuman berkafein dikatakan dapat menghilangkan tekanan dan menghadirkan ketenangan. Tapi, tahukah kita pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Ya, kajian menunjukkan pengambilan minuman berkafien yang tinggi secara berterusan boleh melenyapkan fungsi vitamin yang kita amalkan. Ini selari dengan fakta yang kita ketahui iaitu ubat dan vitamin adalah DILARANG sama sekali untuk diambil bersama-sama minuman berkafein dan minuman bergas.


5. Pantang larang makan vitamin.

Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu? Ini kerana, susu akan mengganggu-gugat proses penyerapan zat besi itu sendiri.

Vitamin E tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia. Ada beberapa lagi yang perlu kita ketahui seperti pengambilan Alfalfa juga tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.

Bagi individu yang menghidap penyakit tertentu, anda perlu tahu apa yang boleh dan tidak boleh anda ambil. Contohnya, pesakit TALASEMIA TIDAK BOLEH mengambil mulitivitamin yang terdapat zat besi dan penghidap SLE DILARANG mengambil alfalfa.


TIPS UNTUK IBU MENYUSU.

Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu memperbaiki kesihatan ibu. Ini sekaligus akan membantu menjayakan program penyusuan kita. Pengambilan air dan vitamin haruslah sekata. Jadi elakkan pengambilan vitamin yang banyak pada satu-satu masa. Utamakan niat yang utama.

Pesanan ikhlas Ana : Kita adalah pembeli. Jangan lupa gunakan hak kita sebagai pembeli. Kita boleh tanya apa sahaja untuk kepastian. Dapatkan jadual pemakanan yang betul dan pastikan anda tahu fungsi serta kebaikan vitamin yang anda beli.

=============================================
Untuk maklumat lanjut, pembelian dan konsultasi produk, sila:
Berchatting dan berborak dengan kami di 0192282544
Add/PM Facebook : Mustazalyana Homebiz untuk bersama kami
LIKE : CintaUnguBiru demi sebuah perkongsian berterusan

Konsultasi sepanjang hayat hanya untuk pelanggan kami sahaja ye..
Jangan lupa FOLLOW blog kami, yang terbaik hanya untuk anda.

*Segala penulisan blog ini berdasarkan pengalaman dan pembacaan penulis untuk dikongsi bersama. Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah penyakit. Ianya satu usaha untuk meningkatkan mutu kehidupan bersama. Penerimaan setiap individu adalah berbeza.*
=========================================

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...