Dalam hidup ni, memacam yang kita percaya, kan? Tahu tak, kesemua yang kita percaya adalah apa yang kita pegang dalam konsep kehidupan kita. Bagi diri ana pula, ana percaya semakin banyak kita bagi, semakin banyak akan kita peroleh. Sebab tu ana memilih karier sebagai seorang pensyarah... Pilihlah sangat... Sebenarnya masa tu takde pilihan, tapi ana tak pernah menyesal walau beban dan tanggungjawab yang ana pikul berat. Naik sampai berlenguh bahu dok pikul tau.. Ingat memain ke?
Hah, dah tau tanggungjawab berat tu, awatlah gatal sangat nak gak masuk bidang 'business' ni kan? Tahlah.. Hobi ana dari kecik adalah niaga. Pantang ada hari kantin ke, program ape2 ke, semua ana nak berniaga je.

Maktok ana la jadi mangsa nak kena masak meehon, nasi lemak atau paling best buat aiskrim malaysia.. Haa... Sesapa tak pernah makan silalah makan.. Rugi taktau nikmatnya ais krim tu..
'Business' ana taklah berpusat pada keuntungan semata-mata. Tapi tahlah, mulut yang bising ni gatal sangat nak panggil-panggil orang gitu. Jadi, minat yang sangat mendalam tu telah lama terpupuk dan terpahat dalam jiwa raga ni kot. Jadi, taktaulah jurusan universiti ana tu betul atau tak... Haahahah.. Takpe, banyak belajar banyaklah pengalamannya, Insyaallah.

Ape-apepun ana yakin, dengan berkongsi sesuatu yang baik, yang baik gak akan datang. Moga rezeki ana bertambah dengan keikhlasan ini. Moga keberkatan juga hadir dengan setiap butir rezeki ana itu. Amin. Apapun yang paling best ialah, dengan niat yang baik dan perkongsian, penjanaan kewangan berlaku. Insyaallah, rezeki untuk meningkatkan kualiti kehidupan dan memperbaiki status keluarga di dunia dan di akhirat.

Dalam kehidupan, perbetulkan niat, InsyaAllah. Niat utama ana niaga sebab nak KONGSI kebaikan dan ilmu ku pada orang lain. Jom kita bersama-sama kongsi sebab aku pun bukannya tau semua benda. Hidup adalah sebuah perjalanan yang penghujungnya kematian. Bila kita berjalan, banyak yang berlaku dan yang akan kita jumpai. Jadi, jangan sesekali berundur, teruskan dengan semangat, iltizam dan tawakkal. Moga yang terbaik untuk kita sepanjang perjalan tersebut. Amin.
Untuk itu, ana telah menimbangkan untuk menjalankan perniagaan SHAKLEE, the best supplement in creating the healthier life. Jadi, aku akan kongsi maklumat, tips, kesihatan, ilmu yang tak seberapa ni, ngan semua. Yang penting aku cuba beri yang terbaik antara yang terbaik okay.
Anyway, I think that will give benefits to all as I am the graduate of Bach in Biomedical Science and Mstrs in Psychology (Human devlpmnt). Opss... speaking gitu.. Bukan nak riak, just nak letakkan apa yang telah diperoleh ke jalan perkongsian. Mengajar pun berkongsi, belajar pun berkongsi. Akhir kata, JOM KONGSI-KONGSI...
p/s: Syarikat dah berdaftar SSM tapi logo belum ade. kot sesapa ade idea.. kuikuikui
=============================================
Untuk maklumat lanjut, pembelian dan konsultasi produk, sila:
Berchatting dan berborak dengan kami di 0192282544
Add/PM Facebook : Mustazalyana Homebiz untuk bersama kami
LIKE : CintaUnguBiru demi sebuah perkongsian berterusan
Konsultasi sepanjang hayat hanya untuk pelanggan kami sahaja ye..
Jangan lupa FOLLOW blog kami, yang terbaik hanya untuk anda.
*Segala penulisan blog ini berdasarkan pengalaman dan pembacaan penulis untuk dikongsi bersama. Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah penyakit. Ianya satu usaha untuk meningkatkan mutu kehidupan bersama. Penerimaan setiap individu adalah berbeza.*
=========================================
No comments:
Post a Comment