CORETAN JARI JEMARI KU

Biarlah tulisan berbicara kerna itu lebih memberi makna. Izinkanlah suara bisu ini bernyanyi kerna ianya lebih merdu dan menenangkan.
Carilah permata dicelah-celah kaca walaupun jarimu terluka. Ianya pasti membahagiakan.

Saturday, April 13, 2013

Ana dan Blog ini

Menulis bukan minat ana tapi keperluan bagi diri ana yang sebenarnya menjadikan ana siapa ana. Wah.. madah gitu.. Heehehe.. Tapi ni semua fakta bukannya auta. Ana dah mula mengenali dunia blog ni sejak 2008, www.ana-zalyana.blogspot.com... Setelah lama menyepi dan aku kembali aktif di dunia internet ni sebab minat ana kepada business yang tak dapat ana elak... Jadi ana ade satu lagi blog, mummykangaroo.blogspot... Akhirnya terbitlah blog indah hasil godek menggodek aku sendiri ni, Awan Cinta Ungu Biru di malam hari lahir ku yang ke 28 tahun, 14 April 2013.



Ana seorang anak kepada bekas pasangan Norshida Ahmad (mama)
dan Mohamad Zaki Hamzah (papa). Mempunyai seorang bapa kedua yang amat sporting, Johari Nordin (Abah). Ana gak ade sorang mamacik, isteri papa ku kini. Kakak kepada 6 adik (3 dari mama dan abah, 3 dari papa dan mamacik), Amirul Shaari, Norjasmine Julyana, Amirul Haqim, Fatin Hazwani, Mohd Mustakim dan Norhani Zakirah.

Dari kecik, lepas mama dan papa bercerai, ana tinggal ngan Paktok (Ahmad Hj Saadon) dan Maktok (Norani Abdullah) tercinta yang sangat memanjakan ana. Manja ke? Maunye tak manja.. Dahlah cucu sulung, cucu perempuan sulung, anak sulung, dok lak ngan tok... Best dan sangat kelass gitu tau.. Tapi ana memang teramat sayang kan paktok dan maktok sebab dieoranglah nyawa hidup ana dunia akhirat. Walau camne sayangnye ana kat paktok dan maktok, Allah lebih sayangkan paktok. So, paktok dah tinggalkan aku.. He's the best man ever in my life... And I am so sure nobody, no man can replace him in my life. Alfatihah untuk arwah paktok ana yang kembali ke rahmatullah pada 12 Nov 2006 bersamaan dengan 20 Syawal.


Ana sekarang adalah suri hidup tercinta kepada suami tersayang, Mustaza Mustapa... Cintan cintun cintan cintun akhirnya nilah jodoh ana yang teristimewa daripada Allah... Sungguh benar dan tak dapat dinafikan bahawa, Jodoh tu kan Rahsia Allah.. Thank you Allah for giving me him... I love u so much Hubby... Dari berdua, lahirlah ikatan cinta hati kami yang pertama, Aazra Musfirah Madeenah bt Mustaza... Puteriku, kau Jannah umi dan babah, kau permata hidup kami, semoga menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia akhirat. Dan ana dengan rasminya menjadi seorang ibu bergelarkan umi... Cayaanngggg anak umi... Anja umi... Ucuk umi...

Dengan konsep 'officially married' antara aku dan suami, ana ada famili baru yang best kat Kluang... Aik... Johor tetap di hati okey... Menantu kepada Mustapa Hassan dan arwah Hafsah Md Don.. Baru beberapa bulan kahwin, mak mertua ana meninggal... Sangat sedih sebab ana tak sempat lama merasa kasih sayang seorang ibu mertua... Zana sayang mak sesngt... Terima kasih lahirkan dan didik Abg Aja serta sudi terima Zana dalam famili mak... 

Ana gak Kak Long kepada tujuh adik suamiku... Sempoi dan sangat best.. Love you olls okey... Heart and soul.. Dearest KakNgah, AbgNgah, KakUde, AbgUde, Lan, Zura, Leha, Razali, Zalee, Imah, Nurul dan Ana.


Ni secara ringkaslah. Tu pun dah berjela. Kalau nak senaraikan semua, kena 'block' blog ni nanti.. Panjang sangat.. Hahaha... So kepada semua yang ada kena mengena dengan ana dan suami... Secara langsung mahupun tak langsung, all of you need to know that, me and my husband LOVE sesangat kat kalian... Muaahhhsss... Big hug... I am a family type person and will always be, Insyaallah... Semoga semuanya sihat, diberkati, dimurahkan rezeki dan happy selalu.. Amin..



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...