CORETAN JARI JEMARI KU

Biarlah tulisan berbicara kerna itu lebih memberi makna. Izinkanlah suara bisu ini bernyanyi kerna ianya lebih merdu dan menenangkan.
Carilah permata dicelah-celah kaca walaupun jarimu terluka. Ianya pasti membahagiakan.

Thursday, March 06, 2014

Vitamin atau suplemen anda tidak berkesan?

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum..

"Apa? Suplemen? Vitamin? Ah, mengarut semua tu. Menghabiskan duit je la. Takde kesan pun."

Ana sering mendengar keluhan ini dulu. Walaupun sekarang dah tak banyak individu yang sebegini, masih ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yang merasakan tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau suplement mereka disebabkan oleh beberapa faktor :

1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.

Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan dan mengurangkan keberkesanan suplemen. Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik. 

Malah, ianya dapat membantu proses detoks tubuh dan mengelakkan kerosakan buah pinggang. Buah pinggang boleh mengumpul lebihan-lebihan suplemen di mana akan mengakibatkan kegagalan penapisan dan akhirnya merosakkan buah pinggang. Bagi mengelakkan kerosakan buah pinggang ini, air membantu mencairkan darah di samping melancarkan proses penyerapan suplemen oleh tubuh.


2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.

Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Sebaiknya, agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu-satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja. 

Banyakan membaca dan mengkaji serta mendapatkan nasihat daripada konsultan kesihatan anda (saya boleh membantu, Insyaallah) tentang pengambilan vitamin dan suplemen pada masa-masa yang sesuai. Tambahan, mengelak makanan yang akan menghalang penyerapan suplemen sebelum pengambilan suplemen tersebut. Ialah, bukan suplemen je ada pantang larang, ubat-ubatan lagi banyakkan pantang larangnya. Tak caya? Cuba baca kontraindikasi setiap ubat-ubatan yang anda ambil.


3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.

Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

Tambahan, ubat-ubatan biasanya mempunyai sumber dadah manakala, suplemen atau vitamin semulajadi seperti SHAKLEE, tidak mempunyai sumber dadah. Suplemen dan vitamin semulajadi bertindakbalas dengan lembut dan baik terhadap tubuh badan. Oleh yang demikian, ianya dapat memberikan kesan positif terhadap kesihatan, Insyaallah.


4. Kurangkan pengambilan kafien dan minuman bergas dalam diet harian.

Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan. Kafein yang sedikit dapat membantu bandan menjadi fokus tetapi dalam jumlah yang banyak, ianya bertindak sebagai dadah yang boleh mencapai tahap imunisasi dalam darah.


Minuman bergas pula seperti yang semua sedia maklum, kuantiti gula yang melambak-lambak merupkan sumber asas penghasilan minuman tersebut. Gula yang tinggi dalam darah meningkatkan kepekatan darah dan mengelakkan penyerapan berkesan suplemen yang anda ambil. Minuman bergas juga mengandungi asid sitrik yang dapat merosakkan sumber kalsium tubuh. Ini boleh mengakibatkan kerapuhan tulang dan gigi.


5. Pantang larang makan vitamin.

Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Bukan susu sahaja, pil kalsium atau apa-apa sumber makanan bersusu juga menghalang penyerapan zat besi oleh badan. Osteomatrix merupakan salah satu contoh pil kalsium. 

Vitamin E pula tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia. Ada beberapa lagi yang perlu kita ketahui seperti pengambilan Alfalfa tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan. Selain itu, alfalfa juga tidak sesuai di ambil pesakit SLE sebagaimana vitalea tidak boleh diambil oleh pesakit talasemia. Untuk lebih penjelasan, dapatkan konsultasi daripada konsultan anda. Dengan CUB, insyaallah Ana akan membantu secara PERCUMA seumur hidup. Jomlah jadikan Ana konsultan kesihatan anda ye.


TIPS UNTUK IBU MENYUSU.

Ibu yang baru bersalin pastinya mempunyai banyak impian di hati. Nak menjayakan penyusuan? Nak kurus? Nak cantikkan rupa, kulit dan muka? Semuanya nak kan? Tapi... jangan tamak ibu-ibu... Letakkan fokus utama dalam kesihatan anda. Bimbang niat yang baik bakal meninggalkan kesan buruklah pula kelak. 

Utamakan niat yang utama. Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan dikhuatiri pengambilan air tidak sekata  Lagi-lagi penghasilan susu memerlukan kuantiti air dan khasiat yang melebihi ibu yang tidak menyusu. Sekiranya anda membeli, maka dapatkan jadual makan yang betul dan pastikan anda tahu fungsi kebaikan vitamin yang anda beli! Konsultasi itu sangat penting. Apapun makanlah dengan ilmu. Jangan beli vitamin jika anda tidak tahu apa kebaikan vitamin yang anda amalkan.

p/s: Ana boleh membantu memberi perkongsian KONSULTASI PENYUSUAN dan KESIHATAN (produk Shaklee), Insyaallah. Ana juga merupakan ahli sokongan susu ibu.

=============================================
Untuk maklumat lanjut, pembelian dan konsultasi produk, sila:
Berchatting dan berborak dengan kami di 0192282544
Add/PM Facebook : Mustazalyana Homebiz untuk bersama kami
LIKE : CintaUnguBiru demi sebuah perkongsian berterusan

Konsultasi sepanjang hayat hanya untuk pelanggan kami sahaja ye..
Jangan lupa FOLLOW blog kami, yang terbaik hanya untuk anda.

*Segala penulisan blog ini berdasarkan pengalaman dan pembacaan penulis untuk dikongsi bersama. Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah penyakit. Ianya satu usaha untuk meningkatkan mutu kehidupan bersama. Penerimaan setiap individu adalah berbeza.*
=========================================


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...