CORETAN JARI JEMARI KU

Biarlah tulisan berbicara kerna itu lebih memberi makna. Izinkanlah suara bisu ini bernyanyi kerna ianya lebih merdu dan menenangkan.
Carilah permata dicelah-celah kaca walaupun jarimu terluka. Ianya pasti membahagiakan.

Wednesday, October 02, 2013

Testimoni set kehamilan Shaklee

Bismillahirrahmanirahim... Assalamualaikum..

Hah, apalah maknanya kan info dan cerita tanpa testimoni. Dah ramai yang berpuas hati dengan set-set Shaklee. Antaranya seperti pengguna set kehamilan di bawah.


(1) Testimoni bakal ibu yang mempunyai masalah Hb rendah semasa kehamilan. Kini, Hb meningkat dan beliau menjadi lebih sihat sepanjang kehamilan. Syukur alhamdulillah.



Suplemen terbaik untuk kehamilan

Bismillahirrahmanirahim... Assalamualaikum para pembaca sekalian..

Kehamilan merupakan berita yang ditunggu-tunggu untuk semua pasangan yang berkahwin. Kehamilan merupakan penunjuk terhadap bermulanya episod baru dalam kehidupan berkeluarga. Tahniah, anda dipilih oleh Allah untuk menghadapi kehamilan zuriat cinta hati anda dan suami.

Dalam meniti tempoh 9 bulan kehamilan, pelbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh ibu/bakal ibu. Eh, tidak dilupakan cabaran dan kesabaran si bapa/bakal bapa yang harus menghadapi kerenah si pembawa budak. Tentunya semua ibubapa/bakal ibubapa ingin yang terbaik untuk bayi mereka.

Suplemen merupakan perkara yang penting dalam meniti hari-hari kehamilan. Apakah suplemen yang sesuai, selamat dan baik bukan sahaja untuk ibu tetapi juga untuk bayi yang dikandung. CUB dengan

Kurang atau elakkan "morning sickness" atau mabuk mengandung

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum... Memalam pun semangat Ana nak buat posting ini. Almaklumlah dah berniat dari pagi tadi. Tuan puteri Aazra dah tidur alhamdulillah. Bolehlah ummi menulis ni. 

Isu 'morning sickness' atau mabuk mengandung yang sering menjadi trauma bagi ibu/bakal ibu. Adakah penyelesaiannya atau cara pencegahannya? Ana secara peribadi cuba pelbagai cara untuk mengurangkan atau kalau boleh sekaligus mengelakkan berlakunya keadaan mabuk tersebut. Biasalah, seperti yang selalu disyorkan, pengambilan asam, garam, air manis, air masam dan pelbagai lagi merupakan usaha tradisional. Nak lega lagi, sapu ubat berangin dekat tengkuk, hidung, kepala. Sedikit sebanyak Ana akui ada kesan positif. 

Tuesday, October 01, 2013

Kenapa "morning sickness" atau mabuk mengandung berlaku?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua. Dah menginjak ke bulan Oktober ni kan. Tup tap tup tap lagi 3 bulan dah 2014. Harapnya 85% azam telah terlaksana.

Hari ini, Ana nak bercerita tentang mabuk. Hah mabuk ape? Mabuk mengandung atau lebih glamour dengan panggilan "morning sickness".

Kebanyakan ibu/bakal ibu yang hamil akan mengalami keadaan ini. Sekejap atau lama bergantung kepada penerimaan dan adaptasi si ibu terhadap kehamilan. Mabuk mengandung melibatkan loya dan/atau muntah yang seringkali berlaku seawal 5 minggu dan biasanya berakhir pada minggu ke 13 kehamilan. Namun, terdapat juga kes di mana mabuk tersebut berterusan sehingga saat bersalin. Si ibu boleh mengalami loya sahaja, muntah sahaja, atau loya dan muntah sekaligus.

Pengalaman Ana semasa mengandungkan Aazra, mabuk berlaku sepanjang hari (bukan pagi je), loya dan muntah selama 23 minggu kehamilan. Makan nasi kering2 tanpa kuah. Itu yang terbaik pada masa tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...