CORETAN JARI JEMARI KU

Biarlah tulisan berbicara kerna itu lebih memberi makna. Izinkanlah suara bisu ini bernyanyi kerna ianya lebih merdu dan menenangkan.
Carilah permata dicelah-celah kaca walaupun jarimu terluka. Ianya pasti membahagiakan.

Friday, August 09, 2013

Kurus dan sihat cara ku

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua.

Camne raya kedua tahun 2013 ni. Mesti seronok berkumpul saudara mara kan? Jangan lupa amalkan adat ziarah menziarahi dan bersedekah.

Hari ni ana nak share tentang pengalaman merangkap testimoni ana sendiri. Ana ni tergolong dalam kategori obes lepas melahirkan puteri sulung Ana. Dulu baju saiz XL, dah jadi 2XL. menakutkan kan?
Masa nak kahwin berat Ana 65kg. Lepas kahwin naik la sikit kan dalam 70kg. Normal kot, kahwim masak makan je kejenya. Baru kahwin rajinlah tunjuk skill.

Lima bulan lepas nikah, Ana disahkan mengandung kali kedua (kali pertama gugur). Makan, rehat, gemuk dengan baby.. Di akhir mengandung, sebelum kelahiran berat ana 83kg. Haa.. ingatkan boleh la turun pas bersalin. Rupanya mantain dan makin naik. Lagi2 menyusu badan. Asyik lapar je. Makan main bantai je. Last2 berat turun naik, turun naik, naik tak turun2.. sampailah cecah 88.2kg. Aduh, sakit kepala!!

Wednesday, August 07, 2013

Oat itu sihat lagi menyihatkan

Bijiran oat merupakan makanan yang sememangnaya baik untuk kesihatan. Terdapat 10 sebab kenapa perlu cintai bijirin oat?

1.  Makanan rendah kalori yang mengelakkan kelaparan. Secawan hanya 130 kalori. Wow! Kalori rendah namun kenyang; sebab bijirin oat akan berada lama dalam perut. Kurang lapar dan rasa kebulur merendahkan kebarangkalian untuk mengambil makanan lain.

2.  Memberi aras serat yang tinggi, aras lemak yang rendah dan aras protein yang tinggi. Oat kenali sebagai bijirin yang mempunyai kandungan protein yang tertinggi.

Apa itu alfalfa Shaklee?

Alfalfa merupakan salah satu HOT ITEM dari Shaklee yang memberi banyak manfaat.

Orang ade sembelit, cari alfalfa. Nak kurus? alfalfa. Keputihan? alfalfa. Bau badan, nak alfalfa. Alergi, detoks, pembersih darah pun alfalfa. Keintiman, alfalfa gak tau. Haa, banyaknya fungsi bantuan alfalfa ni. Tak kenal maka tak cinta. Meh ana nak intro tentang alfalfa ni.

Alfalfa merupakan sumber zat makanan semulajadi & klorofil.
Alfalfa ialah pusat pengumpulan segala nutrien.  Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.  Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi.

Alfalfa Complex dari Shaklee merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s.
•    Sumber semulajadi alfalfa yang berkualiti
•  Dalam bentuk pil yang juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air. Terhasillah minuman herba semulajadi. 

Bagi penghidap SLE, anda DILARANG mengambil alfalfa kecuali disarankan oleh pakar perubatan bertauliah.

Alfalfa Shaklee ialah formula istimewa dan hebat dengan pelbagai faedah yang tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. Semuanya ORI.

Shaklee menyediakan alfalfa dalam dua botol yang berbeza dari segi kuantiti. 
Besar / Large : 700 biji
Kecil / Small : 330 biji

Jom jengok salah satu testimoni pelanggan yang berpuas hati dengan KETIADAAN BAU BADAN selepas pengambilan ALFALFA selama SEMINGGU.

《 Klik untuk ketahui lebih manfaat hebat alfalfa》

=============================================
Untuk maklumat lanjut, pembelian dan konsultasi produk, sila:
Berchatting dan berborak dengan kami di 0192282544
Add/PM Facebook : Mustazalyana Homebiz untuk bersama kami
LIKE : CintaUnguBiru demi sebuah perkongsian berterusan

Konsultasi sepanjang hayat hanya untuk pelanggan kami sahaja ye..
Jangan lupa FOLLOW blog kami, yang terbaik hanya untuk anda.

*Segala penulisan blog ini berdasarkan pengalaman dan pembacaan penulis untuk dikongsi bersama. Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah penyakit. Ianya satu usaha untuk meningkatkan mutu kehidupan bersama. Penerimaan setiap individu adalah berbeza.*
=========================================

* Segala penulisan blog in berdasarkan pengalaman dan pembacaan penulis untuk perkongsian bersama. Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Ianya satu usaha untuk meningkatkan mutu kehidupan.*

Khalifah solehah anak-anak syurga

Saat ku tahu akan hadir mu
Aku gundah
Aku gulana
Risau tak terkata
Detik ku sedar denyut nadimu
Aku bimbang
Aku was-was
Layakkah aku?
Bersediakah aku untukmu?

Adakala gembira
Adakala ku bersedih
Mengenangkan bakal kehadiranmu
Amanah untukku
Tanggungjawabku
Namun, hari demi hari
Bulan berganti bulan
Aku bahagia dengan adanya dirimu

Kau mula berinteraksi denganku
Menemaniku kemana sahaja
Ku kendongi mu dalam tidur dan jaga
Kau sentiasa dekat di hati
Peneman sejati
Dari dalam rahim aku didik dirimu

Ku bisikkan kasih sayang
Ku sulami harapan
Ku dendangkan cerita
Agar kau kelak mengerti
Bahawa aku amat menyintaimu
Mengharapkan yang terbaik untukmu
Indahnya bersamamu setiap detik dan ketika

Manisnya membawa perut yang besar bersama
Berbangganya aku bakal melahirkan seorang khalifah solehah
Allah lemparkan keyakinan dalamku
Yang menyatakan akulah bondamu
Yang mengiyakan kaulah zuriatku
Didunia dan akhirat

Sembilan bulan terasa pendek
Dugaan dan halangan kita tempuh bersama
Kau setia bersama

Saat kau hampir dibebaskan
Dari rahim ku yang sempit dan gelap
Saat itu dengan kehendak Allah
Kau tak lagi boleh berada dalam ku
Kerna kau harus bersama ku
Di alam fana
Meniti kehidupan sementara

Melihat dirimu ku rasa sayang
Mendengar suaramu ku rasa riang
Merenung wajahmu ku rasa cinta
Mencium mu membuat ku tenang
Kerna tau anak syurga
Utusan Allah khalifah solehah

Ku tatang dirimu penuh rindu
Ku sayangimu sepenuh hatiku
Ku susuimu dengan susuku
Ku didik dirimu dengan ketegasanku
Ku belaimu dengan kelembutan
Kaulah zuriat ku penyambung keturunan ku

Hari demi hari kau kian membesar
Bulan berganti tahun
Kau menghampiri 2 tahun
Kau menghampiri cerai susu dengan ku
Namun aku belum fikir untuk melepaskan
Kerna ku ingin itu dari kehendakmu

Ku izinkan kau terus menyusui ku
Ku halalkan susuku menjadi datah dagingmu
Moga bermanfaat kehidupan dan kesihatanmu
Berkat rahmat dan rezeki Allah untukmu
Sayangku Aazra Musfirah Madeenah

Harapan ummi dan babah nyata
Jadilah si dara (azra) yang menjaga kehormatan
Peliharalah kecantikan (musfirah) luaran dan dalaman
Berani, bersih, indah, bijak, kuat dan suci seperti kota (madinah)
Perjuangkanlah agama dalam diri
Pertahankan hak mu dan agama mu sayang
Ummi dan babah menyayangimu

Buah cinta hati kami
Cinta ungu biru
Buat khalifah solehah
Anak syurga Allah
Puteri kami, Aazra kami

Servis terbaik Shaklee untuk anda

Mai mai mai... Lai lai lai... Memang banyak insan yang menjual supplement teruatamanya agen Shaklee ni dalam blog dan internet..

Memang ramai tapi tak semuanya serius dan komited untuk tetap berniaga. CUB menjamin komitmen kami terhadap perniagaan ini dan kami sedar pasang surut perniagaan.
Demi untuk terus kekal dalam bidang perniagaan ini, kami dengan rendah hatinya ingin menyatakan kenapa harus memilih CUB untuk pembelian Shaklee.


Kenapa harus pilih CUB?

☆Konsultasi produk, kesihatan, penyusuan, masalah, perkongsian untuk seumur hidup (mempunyai kepakaran dalam bidang sains kesihatan dan psikologi & ahli penyokong penyusuan susu ibu)

☆Produk yang diyakini HALAL & ORIGINAL

Tuesday, August 06, 2013

Resepi ESP sedap, kesihatan mantap

Bismillahirrahamnirrahim. Assalamualaikum semua. Pejam celik pejam celik, lagi dua hari puasa dan akan menyambut Hari Raya Aidilfitri 2013 pada Khamis nanti. Alhamdulillah dan Insyaallah hajat untuk berpuasa penuh selama tiga tahun berturut mungkin akan termakbul walaupun terdapat pelbagai halangan dan dugaan. Syukur.

Sejak dari mengandung, ana dah amalkan pengambilan ESP. Bulan puasa pun sama. Ana ambil waktu sahur dan sebelum tidur. Dua kali je dalam sehari.

Rangkaian ramadhan Ana dengan 3 tahun puasa solid ialah tahun pertama, Ana mengandung 8 bulan, tak datang bulan la kan, walau penat, tetap gagah puasa dan pusing-pusing bazar 4-5 kali dengan perut boyot ku itu. Hehehe. Tahun kedua, pun tak datang haid sebab menyusukan sulong Ana sepenuhnya. Ni tahun ketiga, syukur, belum lagi datang bulan (bulan puasa je, opps mengandung lagi ke? wallahua'lam). Apapun, harap berjaya penuh lagi.

Rahsia Ana kekal cergas, ikhlaskan hati,  positif dan ikhtiar. Apa ikhtiar yang Ana nak share, adalah Ana ambil suplement tambahan jenama Shaklee. Paling utama adalah ESPnya.

Thursday, August 01, 2013

Kenali ESP, produk hot Shaklee

Assalamualaikum. Dah berhari2 hajat nak update blog tentang ESP ni. Tapi kerja di ofis tak putus2. Makin bertambah2 hari ke hari ada la. Dah sampai pening kepala. (Opss..alasan negatif ni..). 

Memang betul but whatever it is alasan is not a good thing. Especially when it is negative.

Erm berbalik pada ESP ni. Nama panjangnya Energizing Soy Protein. Soya je pun tapi napelah dok glam sangat ESP ni kan..haa..tak kenal maka tak cinta.

Jom kenali ESP, sumber protein soya (tapi bukan sebarang soya tau). ESP ialah:
Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.

♥Merupakan sumber protein soya terbaik
♥Menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi
♥Memenuhi keperluan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting
♥Rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu
Antara kebaikan Shaklee ESP:
• Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
•  Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
• Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. 
• Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.

*Klik sini untuk 1001 kebaikan ESP
*Klik sini untuk Resepi istimewa ESP

Kenapa soya bukan GMO?
•    Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

Harga ESP ni RM150 untuk 850g. Insyaallah tahan selama 2bulan.

RM150? Mahal? Nak lagi murah jemputla hubungi Ana. ESP ni antara HOT ITEM. Tiap2 bulan restock berkali2. 

=============================================
Untuk maklumat lanjut, pembelian dan konsultasi produk, sila:
Berchatting dan berborak dengan kami di 0192282544
Add/PM Facebook : Mustazalyana Homebiz untuk bersama kami
LIKE : CintaUnguBiru demi sebuah perkongsian berterusan

Konsultasi sepanjang hayat hanya untuk pelanggan kami sahaja ye..
Jangan lupa FOLLOW blog kami, yang terbaik hanya untuk anda.

*Segala penulisan blog ini berdasarkan pengalaman dan pembacaan penulis untuk dikongsi bersama. Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah penyakit. Ianya satu usaha untuk meningkatkan mutu kehidupan bersama. Penerimaan setiap individu adalah berbeza.*
=========================================
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...