Bismilahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua. Apa khabar hari ini? Alhamdulillah dapat Ana menulis hari ini, Hajat semalam nak ke Hospital Umra, minum air gula dan ambil darah, tapi sebab perut lapar pagi tadi melarang Ana.. Hahaha, orang mengandung di suruhnya tahan lapar. Memang payah la kan? So, maybe tomorrow or the next day la gamaknya.
Dengan mengenali diri sendiri, kita sebenarnya akan mengetahui kekuatan dan kelemahan diri kita. Kekuatan harus digunakan ke arah kebaikan manakala setiap kelemahan kita hendaklah diperbaiki. Apabila menganalisa identiti diri, perbandingan sosial akan berlaku.
Perbandingan sosial 'downward' ialah perbandingan dengan seseorang yang lebih kurang dari diri kita.
Perbandingan sosial 'upward' pula merupakan perbandingan dengan seseorang atau golongan yang lebih dari diri kita. Sedar atau tidak sebenarnya, kita sering membandingkan diri kita dengan ahli keluarga, dengan orang lain. Mungkin dengan keluarga, sedara mara, kawan-kawan malah kadangakala orang asing juga kerapkali menjadi mangsa perbandingan, kan? Perbandingan ada yang mendatangkan kesan BAIK dan tidak kurang juga yang memberi kesan BURUK.
Apa-apapun, kedua-dua perbandingan perlu ada untuk memastikan keharmonian dan keseimbangan dalam kehidupan kita. Untuk memupuk perasaan CUKUP dan BERSYUKUR, perbandingan 'downward' perlu dilakukan. Ini termasuklah dari pelbagai aspek kehidupan. Sebaliknya, perbandingan 'upward' pula perlu ada untuk meningkatkan motivasi dan semangat dalam menjadi lebih baik daripada apa yang sedia ada. Namun, perbandingan BUKAN untuk mengkritik atau mengkeji, apatah lagi merendah-rendahkan orang lain pulak ye!!!
Dalam Islam juga amat menitikberatkan kedua-dua jenis perbandingan ini. Merasa CUKUP dan REDHA dengan rezeki dan suratan yang telah ditentukan oleh Allah pada masa itu, masa lepas dan masa akan datang Insyaallah akan meningkatkan kesyukuran dan keimanan terhadap Allah. Walaubagaimanapun, elakkan merasa diri lebih baik dan sempurna berbanding orang lain kerana ia mewujudkan kekufuran nikmat.
Islam juga menggalakkan perbandingan 'upward' yang menjadikan diri sentiasa berusaha untuk melakukan yang lebih baik berbanding masa lepas dan masa sedia ada. Contohnya, melihat orang yang kerap mengaji Al-quran, wujudkan sedikit rasa cemburu dan bandingkan kemampuan individu tersebut dalam melengkapkan hubungannya dengan Allah berbanding kita yang jarang sekali membaca Al-quran. Dalam masa cemburu dan perbandingan berlaku, sediakanlah tindakan susualan untuk turut sama mengikut contoh tersebut. Apa yang paling penting, perubahan positif sebegini harus diikuti dengan ISTIQAMAH.

Kejayaaan, kesihatan, kekeluargaan, kebolehan, kecantikan, fizikal, bakat dan anugerah rezeki merupakan perkara yang sering dibanding-bandingkan. Perbandingan sebegini harus dilakukan secara INDIVIDU. Apabila perbandingan dilakukan oleh orang lain terutamanya orang terdekat yang membandingkan kita dengan individu lain, kesannya biasanya NEGATIF. Saranan dan ajaran Islam juga melarang kita membandingkan antara satu sama lain. Perbandingan 'upward' dan 'downward' hanya boleh dilakukan dalam diri indivdu untuk meningkatkan keimanan dan membentuk motivasi positif. Perbandingan sosial adalah untuk meningkatkan mutu kehidupan BUKAN untuk memupuk kebencian tau...
Bagi individu luar, elakkan membandingkan seseorang individu dengan individu yang lain. Mungkin niat meningkatkan motivasi akan membentuk kesan sebaliknya pula. Ini termasuklah, ibubapa yang TIDAK HARUS membandingkan antara anak-anak, guru TIDAK PATUT membandingkan antara anak-anak murid dan suami/isteri HARAM membandingkan pasangan mereka dengan lelaki/wanita lain.
Terimalah seadanya. Nasihatlah dengan sebaiknya. Kasih sayang Insyaallah membentuk sifat dan sikap positif, seterusnya melahirkan insan dan hamba Allah yang baik..
Bagi diri sendiri, perbandingan harus dilakukan setiap kali merasa diri TERLALU BAGUS atau TERLALU LEMAH berbanding orang lain. Jadilah insan yang stabil dan bersederhana. Anda tahu tahap dan aras motivasi anda pada setiap masa. Perbandingan sosial ini boleh membantu menyeimbangkan kehidupan. Yang terlalu obses untuk menjadi yang TERBAIK kerana TIADA yang SEMPURNA di dunia ini. Luahkan pada orang yang paling anda percaya, Insyaallah.. Jangan sesekali putus asa.. Bertabah dan belajarlah melalui pengalaman sendiri dan orang lain..
Be positive dan stay the way you are..
No comments:
Post a Comment