CORETAN JARI JEMARI KU

Biarlah tulisan berbicara kerna itu lebih memberi makna. Izinkanlah suara bisu ini bernyanyi kerna ianya lebih merdu dan menenangkan.
Carilah permata dicelah-celah kaca walaupun jarimu terluka. Ianya pasti membahagiakan.

Friday, January 03, 2014

Menangani anak-anak hiperaktif, amanah kita.

Bismillahirahmanirrahim...Assalamualaikum kawan-kawan readers..

Entri ni dah lama Ana nak kongsikan tapi dok tersekat kat 'Draft'.. CUB yakin ramai ibubapa di luar sana yang berhadapan dengan pelbagai kerenah anak-anak setiap hari. Mengikut psikologi kanak-kanak, perkembangan mental dan fizikal anak-anak yang sihat menjadikan anak-anak aktif. Kita wajar bimbang jika anak kita pasif dan gemar bersendiri. Walaubagaimanapun, kalau ana terlalu aktif pun kita sebagai ibubapa akan pening, kan?

Keadaan terlalu aktif atau hiperaktif merupakan keadaan gangguan tingkahlaku yang tidak normal. Kebiasaannya disebabkan masalah fungsi neurologi. Ciri utama anak-anak hiperaktif adalah tidak dapat menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara. Masalah anak hiperaktif bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng. Namun, disebabkan kekurangan informasi, sesetengah ibubapa menganggap ianya suatu masalah ringan. Pendekatan yang berbeza diperlukan untuk anak-anak ini. Kekasaran bukanlah jangan yang sesuai untuk menangani masalah ini.

CUB nak kongsi cara-cara menangani masalah anak-anak hiperaktif. CUB dapat ni dari majalah Nur. Moga dapat dimanfaatkan. Hiperaktif boleh dikawal, jika kena caranya. Jom kita buat yang terbaik untuk anak-anak syurga kita.


1. Latih anak-anak hiperaktif untuk displin, agar dia dapat mengatur dirinya dengan baik.
2. Jangan menghukumnya kerana perilaku hiperaktif tersebut bukan sepenuhnya kesalahan anak anda.
3. Jangan sesekali melabel anak hiperaktif ( atau anak-anak) sebagai anak nakal, malas atau bodoh, kerana akhirnya  ia akan bersikap seperti yang dilabelkan kepadanya.
4. Keefektifan sesebuah rawatan berbeza-beza bagi setiap anak. Ibu bapa harus menentukan rawatan yang terbaik buat anak.
5. Berikan kasih sayang (bukan memanjakan) pada anak hiperaktif melebihi saudaranya. Alasannya, seberapa banyak kasih sayang yang ditumpahkan pada anak hiperaktif, ia tetap tidak akan penuh.
6. Dalam mengajar anak hiperaktif, jangan bosan untuk terus menerus mengulang hal-hal yang sama, agar cepat dapat dipelajari dan diingati seperti anak yang normal.
7. Apabila di depan anak, katakanlah pada orang lain bahawa ida adalah anak yang baik, dan jangan mengunkit-ungkit kesahan-kesalahan yang pernah dilakukan.
8. Selalulah berwaspada, perhati dan kawal anak agar ia tidak bertindak sesuatu yang boleh membahayakan diriny atau orang lain.
9. Perbanyakkan komunikasi dengan anak. Jika pada anak normal kita cenderung berkomunikasi pada saat-saat tertentu, pada anak hiperaktif kita seharusnya berkomunikasi 'setiap satu minit sekali'.
10. Salah satu hal yang paling sulit mengatasi anak hiperaktif adalah ketika sedang berada di meja makan dan kita meminta mereka memakan sendiri. Mungkin dia akan memainkan makanannya atau berlari-lari mengelilingi meja makan. Jangan marah dia! Yang harus anda lakukan adalah menyuapkan mereka dengan sabar.
11. Kita sebagi ibubapa bolehlah bertanyakan kepada doktor untuk mengentahui apakah anak-anak kita akan mengalami alahan terhadap beberapa jenis makanan yang tertentu serta apaka perlu ada cara penyediaan yang khusus untuk hidangan anak-anak hiperaktif.
12. Untuk anak-anak hiperaktif, kita sebagai penjaga perlu berhati-hati dengan program-program di kaca television yang menampilkan adegan-adengan yang ganas, tidak bermoral serta boleh memudaratkan cara berfikir mereka.
13. Anak hiperaktif memang kurang bijak untuk mengendalikan diri mereka terutamanya di kala sikap agresifnya menguasai. Sebaik-baiknya fikirkan cara agar tenaga agresifnya itu disalurkan pada aktiviti yang tepat. Misalnya dengan mengizinkan mereka mengikuti aktiviti-aktiviti luar atau membuat pekerjaan rumah atau sebagainya.
14. Selain dari itu, ibubapa yang mempunyai anak-anak hiperaktif menggunakan pendekatan berdasarkan agama seperti membaca doa. Antara doa-doa yang sesuai diamalkan oleh orang tua untuk anak-anaknya.
a) Al Bagarah : 128 Doa agar anak patuh kepada Allah
b) Al Imran : 38 Doa agar diberi anak yang baik.
c) Furqan : 74 Doa agar diberi zuriat yang menyenangkan hati
d) Ibrahim : 40 Doa agar anak tetap mengerjakan solat

Semoga anak-anak kita sentiasa diberkati dan menjadi anak-anak yang soleh solehah, Insyaallah. Amin...





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...