CORETAN JARI JEMARI KU

Biarlah tulisan berbicara kerna itu lebih memberi makna. Izinkanlah suara bisu ini bernyanyi kerna ianya lebih merdu dan menenangkan.
Carilah permata dicelah-celah kaca walaupun jarimu terluka. Ianya pasti membahagiakan.

Wednesday, July 03, 2013

Saat anak mengamuk atau 'tantrum', apa nak buat?

Semalam puteri Aazra ku mengamuk sakan sebab nak main pen tak dapat. Bukan masalah ummi taknak bagi sayang...masalahnya, puteri ummi ni kulum2 n gigit pen tu..sampai muka pn ade calit pen...punyalah ngamuk smpai tak ingat..sakit jiwa gak nak memujuk..

Masa tula dok terfikir, puteri ku baru sthn sebulan...kalau dah dua tiga tahun...dalam julat masa 'egocentrism', agaknya cam mana la ummi nak melayan ek.. harapnya anak ummi tak kan jadi cm tu...

Bagi ibu-ibu, menghadapi anak yang mengamuk bukan satu perkara yang menyenangkan. Lagi-lagi disaat kesabaran kadangkala berada di tahap yang genting. Al-maklumlah ibu pun manusia kan.. Walauapapun
alasan kita, kita hendaklah melakukan yang terbaik di saat "amukan" anak bermaharajalela. Banyakkan beristigfar dan lebihkan berselawat.

So, nak dijadikan cerita, aku ber"blogwalking", yet saw this... Jom sesama share ilmu ni dalam mengatasi anak mengamuk..

 Credit to Prof Dr Rozieta Shaary

Anak-anak kecil dibawah 4 tahun sekarang ini sudah suka memukul jika tidak mendapat apa yang mereka hendak. Fenomena ini semakin banyak terjadi di sekeliling kita. Dua daripada cucu ibu juga tidak terkecuali. Apa hendak dibuat?

Pertama - Elakkan menyangka mereka itu biadap. Jangan kata pun perkataan itu dan jangan fikir pun.

Kedua - Beritahu bahawa memukul orang lain sebab tidak dapat sesuatu barang itu tidak baik. Ia salah. Ia adalah akhlak yang tidak baik.

Ketiga - Teruskan mengingatkan, walaupun bagai mencurah air ke daun keladi. Cakap juga dan sabar juga.

Keempat - Bila dia hendak memukul, tangkap tangannya dan sebut lagi dan beritahu dia Allah jadikan tangan dia untuk perkara yang baik dan bukan memukul orang lain bila tidak dapat apa yang dikehendaki.

Kelima - Jika berterusan, bila dia hendak memukul, angkat dia dan letakkan di suatu sudut dan suruh dia jangan tinggalkan sudut itu sehingga dia berhenti memukul.

Keenam - Jangan sekali-kali putus asa. Anak itu dilahirkan dari benih yang baik. Dia akan jadi baik. Ini cuma sementara, semasa dia belum bijak mengawal EQnya.


Setiap kali, anda perlu banyak beristigfar dan ambil masa bila dia sudah tenang untuk menerangkan kepadanya akan buruknya kesan perbuatan itu. Anda gunakan waktu tidurnya untuk membisikkan dan memprogramkan minda dibawah sedarnya akan akhlak mulia.

Banyakan membaca surah Toha ayat 1-5. Ayat inilah yang melembutkan hati Saidina Umar r.a apabila dia mahu membunuh adiknya yang baru memeluk agama Islam.


Mengapa zaman sekarang anak-anak kecil begitu ragamnya? kerana mereka ini adalah generasi yang kental hati dan kuat semangat serta tidak mahu kekalahan. Yakinlah ada kebaikan di dalam trait ini. Generasi ini generasi Y.

Cuma sebagai ibu bapa kita mesti pandai mengadunnya, menguleknya, membendungnya, supaya semangat tidak patah, perangai dan akhlak tetap mulia.

Salam Kasih,
Ibu Rose

p/s: Semoga anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah di dunia dan di akhirat... Amin... Ummi sayang my lil princess, Aazra Musfirah Madeenah bt Mustaza







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...