Pages

Tuesday, July 15, 2014

Suplemen satu keperluan atau kehendak

Bismillahirahmanirrahim... Assalamualaikum...

Entri Ana pada hari ini adalah KEPERLUAN vs KEHENDAK. Ramai yang tahu maksud kedua-dua perkataan ini tetapi ramai yang tidak boleh membezakan secara jelas keduanya. Ini kerana biasanya nafsu memonopoli pemilihan. Setiap hari kita diberikan pilihan yang memerlukan kita membuat keputusan. Keperluan seharusnya didahulukan berbanding keperluan.

KEPERLUAN ialah sesuatu yang perlu atau wajib ada untuk kita meneruskan kemandirian kita di muka bumi Allah ini. Sekiranya keperluan ini tidak dipenuhi, kita akan mati dan pupus. Keperluan manusia yang paling utama adalah keperluan fisiologi iaitu makanan, pakaian, dan tempat tinggal. Setelah keperluan utama ini dipenuhi, wujud pula aras keperluan lain seperti keselamatan, berpasangan, ekonomi yang stabil dan sebagainya. Teori Hiraki Maslow boleh dirujuk untuk penerangan keperluan ini.

KEHENDAK pula bermaksud sesuatu yang menjadikan kehidupan kita lebih selesa. Jika kehendak tidak dapat dipenuhi, kita masih boleh meneruskan kehidupan. Perkara yang memenuhi kehendak tidak semestinya menjadi keperluan. Secara kesimpulannya, kehendak lebih merupakan pelengkap terhadap keperluan. Kehidupan akan menjadi mewah, bergaya, selesa dan mudah apabila kehendak telah dipenuhi.




Contohnya, (1) rumah adalah keperluan, tetapi rumah yang besar dan cantik adalah kehendak; (2) kereta ialah keperluan, tetapi kereta yang mewah dan bergaya adalah kehendak; (3) telefon kini merupakan keperluan tetapi telefon mahal dan canggih adalah kehendak.
Rujukan

Suplemen ialah makan tambahan sehari-harian. Mengapa perlu suplemen? Terdapat pelbagai fungsi dan jenis suplemen di pasaran offline mahupun online. Kekurangan nutrisi dalam gizi makanan serta pemakanan yang tidak seimbang mampu melemahkan tubuh dan menurunkan tahap imunisasi kita.

Kajian menunjukkan 97% rakyat Malaysia mempunyai tabiat makan yang tidak baik bermula seawal waktu sarapan. Tabiat ini melibatkan meninggalkan sarapan pagi, makan tidak mengikut masa, makanan yang tidak mengikut spesifikasi piramid makanan, banyak mengambil makanan segera dan makan berlebihan.

Oleh yang demikian, adakah kita yakin tubuh kita mempunyai zat, gizi dan kelengkapan yang terbaik? Di awal usia, sistem imunisasi yang masih baik menyebabkan kita yakin tanpa suplemen, kita mampu bergerak bebas tanpa penyakit. Sedarkah bahawa usia yang semakin meningkat akan merendahkan kebolehan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit. Lemak tepu menyumbatkan jantung, darah dipenuhi toksik, organ semakin tua dan lemah, pembiakan sel yang tidak lagi teratur, kalsium berkurang mengakibatkan osteoporosis, sakit urat dan lenguh sendi, dan kulit yang semakin kurang keanjalan tetapi semakin berpigmentasi. Kerosakan demi kerosakan hadir seiring dengan penambahan usia.

Mangambil suplemen bukan bermakna kita tidak akan dan tidak mungkin ditimpa penyakit. Ini merupakan salah satu ikhtiar PENCEGAHAN. Contoh paling mudah. Siapa yang dapat menjamin bahawa pemakaian topi keledar tidak akan kemalangan? Kemungkinan itu masih ada tapi risiko kesannya dapat dikurangkan, Insyaallah.

Dengan keadaan pencemaran pada zaman sekarang termasuklah pencemaran udara, makanan dan persekitaran, adakah kita yakin kesihatan kita terbela? Tambahan, bebanan kerja yang banyak, gaya hidup dan tekanan demi tekanan dalam kehidupan boleh menyebabkan kewujudan pelbagai penyakit walaupun di awal usia. Kini, kematian mengejut boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Bagi kami, suplemen merupakan keperluan terutamanya dengan cara hidup terkejar-kejar serta pemakan yang tidak seimbang. Anda pula bagaimana? Yang menentukan adalah anda. SUPLEMEN; antara KEHENDAK dan KEPERLUAN. Mana satu pilihan anda?

Klik untuk senarai semak >> Adakah anda memerlukan suplemen?

Klik untuk tahu Jaminan Suplemen Shaklee

=============================================
Untuk maklumat lanjut, pembelian dan konsultasi produk, sila:
Berchatting dan berborak dengan kami di 0192282544
Add/PM Facebook : Mustazalyana Homebiz untuk bersama kami
LIKE : CintaUnguBiru demi sebuah perkongsian berterusan

Konsultasi sepanjang hayat hanya untuk pelanggan kami sahaja ye..
Jangan lupa FOLLOW blog kami, yang terbaik hanya untuk anda.

*Segala penulisan blog ini berdasarkan pengalaman dan pembacaan penulis untuk dikongsi bersama. Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah penyakit. Ianya satu usaha untuk meningkatkan mutu kehidupan bersama. Penerimaan setiap individu adalah berbeza.*
=========================================

No comments:

Post a Comment