Pages

Tuesday, July 15, 2014

Siapa memerlukan suplemen atau vitamin?

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum...

"Kita muda-muda lagi tak payah nak membazir makan vitamin. Lainlah dah tua nanti." 

Dialog ini selalu Ana dengar dan peroleh daripada pelbagai pihak. Terutamanya apabila setiap kali selepas makan Ana akan meneguk beberapa biji vitamin Shaklee di samping mengamalkan pengambilan air yang banyak. Bagi Ana, sebelum penyakit hadir, cegah. Kerana apabila penyakit dah sampai, susah nak atasinya. 

Tubuh dalaman kita seperti jantung, darah yang beredar, otak, peparu tidak pernah berhenti bertugas sejak dari saat kita dalam kandungan ibu dan Insyaallah sehingga mati. Bayangkan, fizikal kita berehat, namun, degupan jantung tidak berhenti berdegup. Sedangkan mesin pun tau penat dan perlu direhatkan. Hebatnya ciptaan Allah.

Menurut pakar psikologi perkembangan, penuaan bermula seawal usia 25 tahun. penuanaan fizikal, mental, tubuh, organ dan keseluruhan berlaku secara berperingkat. Tak percaya? Renungkan perbezaan menerima ilmu semasa usia kanak-kanak dan remaja berbanding usia kita kini. Bolehkan kita mengingat sebaik dulu? Bolehkah kita bertahan untuk belajar dan tidak tidur menjelang musim-musiam peperiksaan seperti dulu? Mampukah kita mengeluarkan fakta spontan yang boleh kita lakukan dulu? Tambahan, adakah kemahiran matematik kita masih lancar dan sepantas dulu atau kita perlu kalkulator sebagai pembantu?

Ana pasti, sedar atau tidak, kita sebenarnya sudah tidak sehebat dulu. Mengapa? Tuhan menciptakan manusia dan Tuhan menentukan setiap yang bermula akan berakhir, setiap yang muda akan tua, setiap yang baik akan rosak. Tiada yang akan kekal abadi kecuali Allah. Penuaan menunjukkan ketidaksempurnaan kita. Penuaan tidak dapat dihalang tetapi prosesnya boleh diperlahankan.

Benarkah hanya kita yang berusia sahaja yang memerlukan suplemen? Jom kita jawab sendiri soalan-soalan di bawah ini. Hanya kita yang tahu jawapannya, kan?

  • Adakah anda mempunyai tabiat masa makan yang betul?
  • Adakah anda minum air masak yang mencukupi setiap hari?
  • Adakah anda minum TIGA gelas susu rendah lemak setiap hari?
  • Adakah anda makan serat (fiber) yang mencukupi setiap hari?
  • Adakah anda makan ikan sekurang-kurangnya dua kali dalam seminggu?
  • Adakah anda makan EMPAT hidangan sayur-sayuran (hijau/kuning/merah) setiap hari?
  • Adakah anda makan DUA hidangan buah-buahan setiap hari?
  • Adakah anda mengawal pengambilan makanan yang manis dan berlemak?
  • Adakah anda mengekalkan berat badan ideal TANPA berdiet?
Jika terdapat sekurang-kurangnya DUA JAWAPAN TIDAK bagi mana-mana soalan di atas, anda berpotensi untuk mengalami MASALAH KEKURANGAN VITAMIN. Sebaiknya, anda mengambil suplemen/vitamin bagi menampung kekurangan ini agar anda sihat dan pencegahan penyakit dapat dilakukan, Insyaallah...

=============================================
Untuk maklumat lanjut, pembelian dan konsultasi produk, sila:
Berchatting dan berborak dengan kami di 0192282544
Add/PM Facebook : Mustazalyana Homebiz untuk bersama kami
LIKE : CintaUnguBiru demi sebuah perkongsian berterusan

Konsultasi sepanjang hayat hanya untuk pelanggan kami sahaja ye..
Jangan lupa FOLLOW blog kami, yang terbaik hanya untuk anda.

*Segala penulisan blog ini berdasarkan pengalaman dan pembacaan penulis untuk dikongsi bersama. Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah penyakit. Ianya satu usaha untuk meningkatkan mutu kehidupan bersama. Penerimaan setiap individu adalah berbeza.*
=========================================

No comments:

Post a Comment