Pages

Friday, March 21, 2014

Zinc ~ Kepentingan dan bahayanya pada kita

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum... Mengandung rambut gugur? Berpantang rambut gugur? Sikat gugur? Rumah bersepah dengan rambut? Eee... geramnya!

Masalah keguguran rambut bukanlah pekara asing untuk wanita dan lelaki, Dilema ini yang sering digeruni oleh semua orang. Al maklumlah, takut gugur banyak sangat mengakibatkan botak pula. Dahla hampir botak, rimas dan penat tengok rumah yang disepahi oleh rambut. Salah satu punca keguguran rambut ialah kekurangan sumber zinc.

Untuk memastikan tubuh berfungsi dengan baik, kuantiti zinc dalam badan harus mencukupi iaitu sebanyak 11-15mg sehari (DV). Namun, dalam dunia kesibukan di sekitar kita kini, pengambilan makanan yang tidak seimbang dan masa makan juga sering terabai boleh membawa kepada kekurangan sumber mineral tubuh. Oleh itu, keperluan zinc mungkin tidak mencukupi.

Apakah jalan penyelesaiannya? Tentulah makanan tambahan (supplement) akan membantu, Insyaallah - merujuk kepada pakar pemakanan.

Zinc memainkan PERANAN yang banyak dalam tubuh manusia seperti membantu:
1. pembentukan sel tubuh.
2. menyeimbangkan horman tubuh.
3. mempercepatkan penyerapan supplement lain.
4. menyediakan protein tubuh.
5. pembentukan dan penjagaan rambut.
6. menjaga fungsi pendengaran.
7. meningkatkan sistem imun badan.
8. memperbaiki fungsi enzim.
9. membentuk DNA yang sihat.
10. komunikasi antara neurotransmitter @ memperbaiki sistem saraf
11. memodulasi aras serum testosteron pada lelaki normal. (p/s: dikaitkan dengan kesuburan)

Zinc amat penting untuk tubuh. Ini kerana kekurangan atau kelebihan sumber zinc boleh mendatangkan kemudaratan. Kuantiti zinc yang BANYAK (melebihi dos) mengakibatkan ganguan terhadap penyerapan kuprum dan zat besi dalam tubuh. Dan sekiranya zinc TERLAMPAU BANYAK, pengumpulan toksik radikal bebas akan berlaku di dalam tubuh.

Manakala, KEKURANGAN zinc menyebabkan:
1. pertumbuhan terbantut terutamanya saraf dan rambut.
2. cirit birit yang berpanjangan.
3. keguguran rambut.
4. lesi pada mata dan kulit.
5. kurang selera makan.
6. merendahkan kebolehan fungsi sistem imunisasi.
7. kemandulan biasanya pada lelaki

Sumber zinc daripada makanan. KLIK SINI

Hah! Lihatla betapa pentingnya zinc untuk kita. Adakah anda rasa tubuh anda mendapat sumber zinc yang mencukupi sekiranya banyak rambut anda didapati bersepah di merata tempat. Mungkin inilah penyelesaiannya ~ suplement ZINC Shaklee.

Just to share testimoni mereka yg telah berjaya meningkatkan kuantiti ideal zinc mereka :

~Yang terbaik hanya di CUB~  
=============================================
Untuk maklumat lanjut, pembelian dan konsultasi produk, sila:
Berchatting dan berborak dengan kami di 0192282544
Add/PM Facebook : Mustazalyana Homebiz untuk bersama kami
LIKE : CintaUnguBiru demi sebuah perkongsian berterusan

Konsultasi sepanjang hayat hanya untuk pelanggan kami sahaja ye..
Jangan lupa FOLLOW blog kami, yang terbaik hanya untuk anda.

*Segala penulisan blog ini berdasarkan pengalaman dan pembacaan penulis untuk dikongsi bersama. Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah penyakit. Ianya satu usaha untuk meningkatkan mutu kehidupan bersama. Penerimaan setiap individu adalah berbeza.*
=========================================


No comments:

Post a Comment