Pages

Wednesday, October 02, 2013

Suplemen terbaik untuk kehamilan

Bismillahirrahmanirahim... Assalamualaikum para pembaca sekalian..

Kehamilan merupakan berita yang ditunggu-tunggu untuk semua pasangan yang berkahwin. Kehamilan merupakan penunjuk terhadap bermulanya episod baru dalam kehidupan berkeluarga. Tahniah, anda dipilih oleh Allah untuk menghadapi kehamilan zuriat cinta hati anda dan suami.

Dalam meniti tempoh 9 bulan kehamilan, pelbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh ibu/bakal ibu. Eh, tidak dilupakan cabaran dan kesabaran si bapa/bakal bapa yang harus menghadapi kerenah si pembawa budak. Tentunya semua ibubapa/bakal ibubapa ingin yang terbaik untuk bayi mereka.

Suplemen merupakan perkara yang penting dalam meniti hari-hari kehamilan. Apakah suplemen yang sesuai, selamat dan baik bukan sahaja untuk ibu tetapi juga untuk bayi yang dikandung. CUB dengan
yakin dan pasti, menyarankan ibu/bakal ibu untuk mengamalkan Shaklee set mengandung yang mengandungi VITALEA,  B KOMPLEKS, VITAMIN C, OSTEOMATRIX, ESP dan OMEGA GUARD.

1) Vitalea - Multivitamin hebat dari Shaklee yang mengandungi 28 vitamin yang esssential untuk tubuh. Ini termasuk zat besi yang diperlukan oleh ibu mengandung, beta karoten yang berguna untuk pertumbuhan, perkembangan penglihatan dan tisu tubuh. Selain itu, kalsium, fosforus, vitamin C dan vitamin D untuk tulang dan gigi yang sihat. Dapat memberi tenaga berpanjangan untuk ibu semasa kehamilan yang seringkali memenatkan.

2) B kompleks - Mengandungi 8 kumpulan vitamin B termasuk asid folik dan B12 yang sangat penting dalam pembentukan sel-sel darah merah (SDM) tubuh. SDM berfungsi untuk mengangkut dan membebaskan oksigen ke seluruh badan. Kekurangan SDM menyebabkan kekurangan oksigen disebarkan ke dalam tubuh ibu dan bayi. Ini boleh mengakibatkan ibu pengsan, sesak nafas dan semput, pucat, tumbesaran terbantut bagi bayi, kematian bayi atau koma. Suplemen ini harus dimulakan sejak dari mula tempoh kehamilan.

3) Vitamin C - Memainkan peranan dalam meningkatkan sistem imun tubuh. Mengelakkan jangkitan virus dan bakteria dan juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi. Disamping iu, kesihatan keseluruhan untuk ibu sepanjang tempoh kehamilan.

4) Osteomatrix - Pil kalsium yang membantu dalam pembentukan dan pemeliharaan tulang dan gigi ibu dan bayi. Istimewanya osteomatrix ini bukan sahaja merupakan sumber kalsium, malah terdapat sumber magnesium, vitamin D, zink dan tembaga. Keperluan kalsium ibu meningkat sejajar dengan keperluan kalsium yang perlu disalurkan untuk bayi. Kekurangan sumber kalsium menyebabkan maslah dalam pertumbuhan gigi anak, osteoporosis bagi ibu, lenguh, kejang, kebas dan reput gigi bagi ibu. Suplemen ini harus dimulakan di awal kehamilan terutama bagi ibu yang tidak suka atau tidak boleh minum susu.

5) Energizing Soy Protein (ESP) - Terdapat 9 asid amino essential tubuh yang diperlukan untuk proses sintesis protein. Sumber protein asli yang rendah lemak. bebas laktosa dan bebas kolestrol. Protein membantu perkembangan bayi yang baik, pembentukan plasenta dan uterus yang kuat, penyediaan susu badan dan membantu mengekalkan rasa kenyang yang dapat mengelakkan masalah angin. Suplemen ini harus dimulakan di awal kehamilan.

6) Omega Guard - Merupakan sumber minyak ikan yang mempunyai sumber asid dokosaheksanoik (DHA) dan asid eikosapentaenoik (EPA) yang diperlukan untuk pembentukan otak, sistem saraf, dan fungsi mata. Mengikut carta perkembangan bayi, bulan keempat merupakan saat kritikal pembentukan otak dan sistem saraf bayi. Oleh itu, omega guard ini hanya sesuai dimulakan pada trisemester kedua dan ke atas. 




Jangan sia-sia kehamilan anda. Setiap saat, bayi anda sedang berkembang. Sekarang juga hubungi Ana yok. Kita sembang-sembang. BEST PRICE will be given (ask me how) and FREE CONSULTATION forever whole life.

Insyallah usaha kita untuk yang terbaik buat bakal amanah Allah akan diberkati.

=============================================
Untuk maklumat lanjut, pembelian dan konsultasi produk, sila:
Berchatting dan berborak dengan kami di 0192282544
Add/PM Facebook : Mustazalyana Homebiz untuk bersama kami
LIKE : CintaUnguBiru demi sebuah perkongsian berterusan

Konsultasi sepanjang hayat hanya untuk pelanggan kami sahaja ye..
Jangan lupa FOLLOW blog kami, yang terbaik hanya untuk anda.

*Segala penulisan blog ini berdasarkan pengalaman dan pembacaan penulis untuk dikongsi bersama. Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah penyakit. Ianya satu usaha untuk meningkatkan mutu kehidupan bersama. Penerimaan setiap individu adalah berbeza.*
=========================================

No comments:

Post a Comment