Pages

Tuesday, October 01, 2013

Kenapa "morning sickness" atau mabuk mengandung berlaku?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua. Dah menginjak ke bulan Oktober ni kan. Tup tap tup tap lagi 3 bulan dah 2014. Harapnya 85% azam telah terlaksana.

Hari ini, Ana nak bercerita tentang mabuk. Hah mabuk ape? Mabuk mengandung atau lebih glamour dengan panggilan "morning sickness".

Kebanyakan ibu/bakal ibu yang hamil akan mengalami keadaan ini. Sekejap atau lama bergantung kepada penerimaan dan adaptasi si ibu terhadap kehamilan. Mabuk mengandung melibatkan loya dan/atau muntah yang seringkali berlaku seawal 5 minggu dan biasanya berakhir pada minggu ke 13 kehamilan. Namun, terdapat juga kes di mana mabuk tersebut berterusan sehingga saat bersalin. Si ibu boleh mengalami loya sahaja, muntah sahaja, atau loya dan muntah sekaligus.

Pengalaman Ana semasa mengandungkan Aazra, mabuk berlaku sepanjang hari (bukan pagi je), loya dan muntah selama 23 minggu kehamilan. Makan nasi kering2 tanpa kuah. Itu yang terbaik pada masa tu.

Kehamilan CUB yang kedua sekarang ni, nampaknya agak ringan sedikit berbanding Aazra. Bermula masa kandungan 7 minggu, loya tanpa muntah. Pagi dan malam. Hah, bab loya tanpa muntah ni berat sikit, sebab kalau muntah, pastu lega. Ni loya, tak muntah-muntah.. berlarutanlah gamaknya.. harapnya kali ni tak lama cam saat Aazra dulu.. makan takde masalah. Semua leh bantai wat masa ni.. alhamdulillah..

Apa agaknya punca berlakunya "morning sickness" ni ye?

Hakikatnya, tiada sesiapa yang tahu punca sebenar keadaan ini berlaku semasa kehamilan. Walaubagaimanapun ia berkemungkinan disebabkan oleh beberapa perubahan fisiologi tubuh si ibu untuk persediaan menghadapi fasa-fasa kehamilan. 

Antara perubahan tersebut ialah:

*Human Chorionic Gonadotropin (hCG)
        Merupakan sejenis hormon yang meningkat dengan tinggi dan cepat semasa awal kehamilan. Bagaimana hCG menyumbang kepada mabuk mengandung tidak diketahui, namun, ia dikatakan berkaitan kerana didapati mabuk yang teruk berlaku sekitar terjadinya peningkatan hCG. Bagi ibu yang membawa kehamilan kembar atau lebih dari satu, hCG didapati lebih tinggi dan "morning sickness" yang lebih teruk.


* Estrogen
         Juga sejenis hormon yang menjadi suspek penyebab mabuk. Meningkat pada aras yang tinggi semasa awal kehamilan menyebabkan kesensitifan terhadap bau dan aroma. Ada kes ibu yang mengalami keadaan ini, tapi rasanya jarang berlaku. Masa CUB mengandungkan Aazra, CUB tak alah bau, CUB kemaruk bau husband. Hehehe..


*Perut yang sensitif
          Sesetengah kajian menunjukkan trek gastrointestinal si ibu menjadi lebih sensitif semasa di awal kehamilan. Ada sesetengah wanita hamil kata, mereka sukar membuang air besar berbanding sebelum kehamilan. Ada juga yang mengatakan sebaliknya. Macam CUB, sangat mudah membuang semasa mengandungkan Aazra, padahal CUB ni dari kecil maslaah sembelit yang teruk. Oleh itu, bagi CUB, jom kita jaga pemakanan, banyakkan serat, sayuran dan buahan.


*Tekanan
        Terdapat kajian yang menyatakan ada sesetengah wanita yang memang dilahirkan secara psikologikalnya untuk mengalami mabuk mengandung ketika kehamilan. Ini adalah sebagai respon tekanan terhadap perubaha  tubuh. Latar belakang keluarga ketika hamil bagi ibu-ibu dalam keluarga wanita tersebut juga dikatakan memainkan peranan. Tapi, tiada bukti kukuh untuk menyokong teori ini. Apa yang pasti, semakin teruk mabuk so ibu, semakin tertekanlah si ibu. Malah, si bapa juga akan tertekan melihatkan insan tersayangnya sakit. Mod romantik :-)

Rujukan Baby Centre

Kesimpulannya, 96% ibu/bakal ibu akan mengalami mabuk, 1% bapa/bakal bapa yang mengalami mabuk dan hanya 3% ibu/bakal ibu bertuah yang tidak mengalami alahan sepanjang kehamilan. Bersyukurlah kerana itu menandakan "u got a cute baby in your womb". Keadaan ini normal dan ia merupakan satu petanda positif, Insyaallah.


=============================================
Untuk maklumat lanjut, pembelian dan konsultasi produk, sila:
Berchatting dan berborak dengan kami di 0192282544
Add/PM Facebook : Mustazalyana Homebiz untuk bersama kami
LIKE : CintaUnguBiru demi sebuah perkongsian berterusan

Konsultasi sepanjang hayat hanya untuk pelanggan kami sahaja ye..
Jangan lupa FOLLOW blog kami, yang terbaik hanya untuk anda.

*Segala penulisan blog ini berdasarkan pengalaman dan pembacaan penulis untuk dikongsi bersama. Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah penyakit. Ianya satu usaha untuk meningkatkan mutu kehidupan bersama. Penerimaan setiap individu adalah berbeza.*
=========================================




No comments:

Post a Comment