Tak perlu mencari teman secantik Balqis
andai diri tak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharap teman setampan Yusof
jika kasih tak setulus Zulaikha
Tak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim
andai diri tak sekuat Siti Hajar
Mengapa didambakan teman hidup bak Siti
Khadijah kalao diri tak sesempurna Rasulullah
Bimbinglah dirinya dan terimalah
kekurangan itu sebagai keunikan
Carilah kebaikan pada dirinya dan
bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya
Tetaplah berdoa pada Tuhan agar dia akan
terus menjadi milikmu